Oleh : HHalem.
KANOWIT: Rumah panjang pengerusi Tenaga
Nasional Bhd Tan Sri Leo Moggie di Bejait, kira-kira 45 minit perjalanan darat
dari sini, musnah dalam satu kebakaran petang Selasa.
Anak saudaranya Nelson Jaun ketika dihubungi
berkata seluruh rumah panjangyang mempunyai kediaman 29 pintu itu dijilat api
kira-kira 10 minit selepaskebakaran bermula pada kira-kira pukul 6 petang.
Beliau berkata api merebak dengan pantas
ekoran musim kemarau yang sedang melanda ketika ini, memusnahkan rumah panjang
itu yang boleh dianggap palingmoden di daerah sini.
Ketua pegawai operasi bomba Douglas Graji
ketika dihubungi di pejabatJabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit di sini berkata
pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.28
petang.
"Satu pasukan 11 anggota yang diketuai pegawai bomba
Mutton anak Gelunggangsampai di rumah panjang yang berusia kira-kira 10 tahun
itu pada kira-kira pukul7.17 petang, namun ia sudah tidak dapat diselamatkan
lagi," - katanya dan menambahapi dapat dipadamkan kira-kira sejam kemudian.
Graji berkata seorang lelaki berumur sekitar
40-an cedera apabila dia cuba merempuh masuk rumah panjang itu kerana hendak
menyelamatkan harta bendanya, dandia sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk
rawatan.
Beliau berkata punca kejadian masih dalam
siasatan, dan menurutnya ramaimangsa kini menumpang sementara di Dewan
Masyarakat berhampiran dengan tempat kejadian. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment