Multiple Pages

23/07/2011

Mahasiswa PAS di Mesir Di Cabul. MB Azizan Mencabul Kehormatan 6 Pelajar.

Oleh : HHalem.

1- Penganut-penganut Pas, tidak kira di Malaysia atau di luar negara, cukup gah dan seronok semenjak dua menjak ini selepas rusuhan Bersih 2.0. Apa penentangan yang di lancarkan,  mereka tetap katakan ‘mereka telah berjaya’ dan tidak pernah gagal. Bersih 2.0 yang sah gagal dan kecewa kerana tidak dapat menghantar Memo kepada YDP Agong pada 9 July pun dikatakan ‘mereka telah berjaya’.  Penghantaran pulang William Bourdon, peguam Suaram, ke Perancis pun mereka katakan ‘mereka telah berjaya’

2- Bak kata, semuanya ‘mereka telah berjaya’ dan tiada yang gagal. Malah Mat Sabu yang terbukti menipu pun dikatakan mereka telah berjaya juga.

3- Ajaran berjaya dan tidak pernah gagal ini diajar dan ditiru oleh anak-anak mereka di luar negara, apabila penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir dikatakan berjaya mencatit sejarah.

4- Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), membuat tuduhan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) di Mesir. Malah mereka turut mencemar dan mengaibkan beberapa nama individu dengan tuduhan melulu.

"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka”

"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,”

"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,”
-         Pengerusi Desak >

5- Apa hak mahasiswa yang ada untuk di cabul? Belajar dan makan minum pun dengan duit mak bapak dan duit kerajaan, apa yang mereka ada untuk dicabuli?

6- Tidak sedar kah diri mereka bahawa jika terjadi apa-apa musibat di Mesir dan Arab Saudi, maka orang yang dituduh mencabul itu lah pertama sekali mereka akan berlari-lari meminta bantuan,  perlindongan dan pertolongan? Menangis dan melutut-lutut minta ampun untuk diberi pertolongan. Ini kah yang dikatakan kebebasan bersuara? Maka lebih baik anak-anak muda berfikir dua kali sebelum menyesal.

7- Adakah ini ajaran mak bapak mereka di Malaysia. Tanyalah ibu bapak yang pernah menjadi pelajar ditahun-tahun 70an, 80an dan 90an yang pernah memberontak,  dimana seluruh manusia dan dunia disekeliling mereka semuanya salah dan tidak kena, malah mereka sahaja lah yang betul di dunia ini. Apa kesudahan nya hidup mereka? Pulang ke pangkal jalan?

8- Ingat kah kita kepada 6 pelajar yang telah di cabul oleh MB Azizan Kedah? Sehingga kini, setelah lebih 2 bulan, mereka masih lagi dicabul oleh MB Azizan, lengkap dengan video dan gambar cabul di sini >


No comments:

Post a Comment