Oleh : HHalem.
1- Datuk MB Kedah kita memaklumkan sebuah
kilang memproses dan mengetin ikan keli telah siap dibina di Sungai Petani yang
telah dibina oleh PKNK. Ini adalah kilang yang pertama di Malaysia.
“Kita ada masalah teknikal, iaitu makanan yang mahal dan
tak ada kilang nak proses ikan ini.”
“Akhirnya setelah kita restructure, kilang ada di Sungai
Petani, untuk proses buah-buahan dan industri asas
tani serta untuk proses ikan keli untuk jadi sardin,”
“Di Malaysia masih tak ada kilang
macam ni, apabila dah siap, kita kena labur sikit untuk
tambah sangkar dan meluaskan pasaran,”
2- Jadi kepada pengusaha-pengusaha ikan keli
yang nyawa-nyawa ikan keli, boleh lah risik-risik dengan geng-geng Pas mereka
di Kedah untuk potensi mengetin ikan keli atau potensi kontrak farming dengan
usaha sendiri. Usaha sendiri kolam ikan, kemudian jual ke kilang dengan harga
ditetapkan oleh kilang. Dengan ini gerenti pasaran. Masalah logistik dan jarak
dirasakan boleh berbincang dengan pihak kilang.
3- Penulis pernah melihat sahabat
bernama Mohd Khir di Kuala Kedah mengusahakan
ikan keli yang dibela didalam kolam kain tarpan (canves). Modal tak banyak,
hanya RM25,000 sahaja.
Ini di rasakan lebih elok daripada melabor
(bukan usaha sendiri) duit simpanan
seumur hidup pada serai paha ayam, lintah, cacing kompos, lembu Senawang,
Kopedik dan macam-macam lagi pelaboran karut-marut yang tidak mendatangkan
hasil jangka panjang.
4- Mungkin salah satu syarat yang biasa akan
diletakkan oleh kilang ini ialah menjadi ahli Pas seumur hidup terlebih dahulu.
Ini hanya andain.
Jika andaian ini benar, sanggupkah anda
menjadi ahli Pas?
Ada yang geli geleman dengar nama Pas. Ada
yang geli dengar nama keli.
Ada yang bujur lalu melintang
patah, semua lalu akan ku ratah.
HH,
ReplyDeleteIkan keli PAS ni kuat meronta, tapi sengat dia lembik, tak tajam. Kalau nak beli, kena suruh orang pasar siang dan basuh bersih-bersih pasal isi perutnya busuk.
p/s
Geram....broadband buat hal, Maxis tak guna betul!!!
Hoi !! Bro:-)
ReplyDeleteTak kan la ikan keli Pas perut busuk, Bro.
Tak baik Bro cakap mcm tu. Dosa Bro.
Bro. Jangan hempok laptop tu pulak.
Maxis dah maklum 2 minggu sudah, akan ada gangguan 7 hari unt mantanan Bro.
La ni nak tengok video concert pun x leh Bro.
Bro. aku risau geng aku Kota sarang Semut tu lama hilang. Esok dia mesti sebuk, sbb Najib terjun pi Kedah.
Bukan kata nak tgk video, mlm ni nak buat posting pun tak boleh, mana taknya, nak tengok blog kengkawan kat 5 minit baru selesai. Boringggg.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya baca di sini banyak orang Kedah buat usaha ternak keli, tapi bila tanya pasal stok, semua diam atau dapat orang tengah.
Saya cari penternak keli kerana ada keperluan perniagaan dan tak perlu yang makan pelet, sebab keli makan pelet mahal.
Yang makan campur pun takpa, saya pi ambik sendiri dan bayag cash.
Wassalam,
Jamil