Multiple Pages

21/07/2011

Perdana Menteri Gua Musang Menampakan Kemusangan Beliau. Dahi Terpahat Nama Istana.

Oleh : HHalem.

1- Seperti biasa kemusangan dan muslihat Ku Li jelas kelihatan apabila hampir tibanya musim pilihanraya PRU 13 tidak lama lagi. Awal-awal beliau telah memasang perangkap untuk memenangi lagi kerusi Parlimen Gua Musang. Beliau tahu, beliau tidak akan kalah di Parlimen Gua Musang disebabkan chop Istana Kelantan tepahat di dahi beliau , tetapi beliau tidak mahu mengambil risiko tanpa berusaha.

2- Usaha pertamanya ialah menarik minat orang-orang lama yang taat setia kepada pejuang-pejuang awal Tanah Melayu kepada beliau. Khasnya orang-orang Umno. Untuk itu beliau melancarkan NGO Angkatan Amanah Merdeka pada Jumaat esok 22 July bagi mengerakan kembali semangat jati perjuangan kemerdekaan dengan enam objektif.  Iaitu menghidupkan legasi “Amanat Merdeka Bapa Malaysia” selaras dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Semua ini menjurus kepada gimmick Parti Semangat 46 yang telah berkubur.  Ku Li >

3- Setelah berusaha menarik kesetian orang vateran yang condong kepada Umno, beliau berusaha seterusnya membohongi dan meracuni fikiran penganut-penganut Pas apabila beliau terang-terangan menyokong padu Rusuhan Bersih pada 9 July tempoh hari.

 "Sebagai pengamal demokrasi sejati dan UMNO juga telah bersumpah akan melindungi sistem demokrasi di negara ini, sepatutnya kita perlu mempertimbangkan permintaan mereka,"

"Saya tidak merasakan mereka ini akan menggulingkan kerajaan sedia ada,"

"Jika rakyat sudah memilih pembangkang, apa boleh kita buat? Itu adalah hak demokrasi setiap pengundi," Ku Li >

4- Begitu lah sikap Ku Li dari dahulu sehingga sekarang. Jika beliau tidak dipilih sebagai calon BN pada PRU 13 nanti atas alasan terlalu vateran, beliau sudah bersedia bila-bila masa untuk bertanding atas tiket Pas. Bertanding atas tiket Umno pun Ku Li akan menang dan atas tiket Pas pun Ku Li akan turut menang. Bagi undi Orang Asli pula ia sudah cukup untuk menjadi kuasa penentu kemenangan beliau kerana chop Istana telah terpahat mati didahi Ku Li.

5- Itu lah muslihat Ku Li yang ramai tidak perasaan kerana jika dibiarkan kehendak Ku Li, beliau ingin terus menjadi Perdana Menteri Gua Musang.


1 comment:

  1. menarik juga..
    itulah kdgkala susah untuk kita menilai dan mempercayai orang2 yg berkait politik ni..
    tgk prtkasa la ramai org melayu tp bila dikaitkan dg politik sduasananya akan jd lain..kerna terpalit dg politik..

    ReplyDelete