1- Tuduhan demi tuduhan bahawa pihak polis telah
melakukan kezaliman ketika perhimpunan Bersih 2.0 tempohari pada 9 July. Oleh
itu atas dasar initiative pihak polis sendiri, pihak polis telah mencabar
sesiapa sahaja mengatakan polis zalim, dipersilakan kemukakan bukti untuk
disiasat sendiri oleh pihak polis.
“Kalau ada bukti tunjukkanlah...jangan sebarkan dakwaan
itu tanpa ada kesahihan...Kita akan siasat secara telus, terperinci dan polis
tidak akan sembunyikan apa-apa fakta yang benar... polis menubuhkan enam
jawatankuasa yang diketuai seorang pegawai kanan bagi menyiasat enam dakwaan
kezaliman polis ketika bertugas menangani perhimpunan tersebut" - Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar >
2- Kepada pembangkang-pembangkang, terutamanya
Dap-Pkr-Pas, yang berani mengambil video-video
dipersilakan serahkan kepada pihak polis. Dapat lah kita ketahui siapa kah
dalang-dalang disebalik video tersebut.
3- Adakah ini termasuk video yang di muatnaik
oleh portal media pembangkang, seperti Malaysiakini, Minsider dan TVPas, yang
bersepah-sepah di You Tube.
4- Tidak cukup dengan cabaran polis,
pihak Menteri Penerangan, Rais Yatim
meminta RTM sedia menyiarkan rakaman polis mengenai keganasan yang dilakukan
oleh peserta perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.
"Pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin supaya polis mendedahkan rakaman video mereka mengenai salah
laku peserta perhimpunan haram itu perlu disambut baik,” - Rais Yatim >
5- Polis dah cabar kembali, Menteri Penerangan
pun dah cabar. Kalau berani tampil kehadapan dan tunjukanlah. Silap-silap
haribulan dituduh bersubahat kerana berada di tempat kejadian.
Tabik la pada TKPN. Berani kerana benar.
ReplyDeleteKenyataan paling bangang dari TKPN
ReplyDeleteaku rasa debat2 ni mcm lwn pidato lah plak..mcm bebudak sekolah...ngap jer baru betul...dah ada perintah larangan mahkamah..tangkap jer terang2 dah langgar..hadapi tuduhan mahkamah dulu..rakyat nak tengok tindakkan..bukan cakap2 jer. Jgn sampai BERSHIT 3.0 baru nak tangkap.rakyat biasa ikan bilis pakai baju kuning bershit boleh plak terus tangkap hadapi tuduhan mahkamah..poooorah.
ReplyDeleteTuan Teng:-)
ReplyDeleteMemang dia benar pun Tuan, sbb dah dilarang, dah di arah bersurai. Cari penyakit jawap nya.
Pokok pangkal asalnya dah di haramkan...penghujung dia datang juga..ingat nak berdongdang sayang...bermadah lagu pujangga macam Pak Samad.
Masing-masing bawa Tola tutup muka, bawa air. memang depa jangka nak kena Tear Gas. Jadi apa lagi mau.
Dah depa jangka akan kena rembat, jadi depa dah expect benda tu akan datang. apa lagi mau. Sendiri tanggong laa.
Tak gituuu Tuam Teng:-)
dalam dunia ini pekara yang paling susah ialah untuk menerima kenyataan atau kekalahan....dalam kontek ini bersih merupakan kenyataan yang mana ia sukar menerima kekalahan.ttg gambar atau apa jua bukti ...pada saya jangan terlalu dilayan. sebagai manusia yang diberi amanah untuk menjaga amanah teruskan amanahmu
ReplyDeletebagi saya siapa yang salah dalam pekara ini tidak perlukan didebatkan ,didibahaskan kerana kita tahu segala kesalahan bermula dari yang pertama.....kesalahan yang berlaku adalah rentetan dari kesalahan yang pertama iaitu perhimpunan salah so apa jua kesalahan yang berlaku selepas itu,selanjutnya adalah bermula dari kesalahan yang pertama .....jd pihak polis jangan takut ,,bahawa anda bukan punca kesalahan.......
Kalau aku jadi KPN aku akan suruh org org aku lanyak betul betul golongan yg menyusahkan rakyat ni. Buat macam kat luar negara, hentam dulu baru kesian kemudian. Ni yg tak enak di lihat, dah lah di tangkap cara baik di bagi makan pulak macam p kenduri kawin jadi nya. Jadi apa depa mau lagi, depa buat salah duit rakyat di buang bangi mentekedarah kat depa lagi.
ReplyDeleteApa pun buat PDRM khususnya KPN, TKPN tahniah di ucapkan. Akan datang andaikata ada lagi puak harami ni nak buat kacau maka " no more mercy " untuk mereka.