1- Datuk A Samad Said ikon sastrawan negara
dilihat umum sebagai hero yang gagal dan tumpas kerana tidak berjaya
menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada KYDYMM YDP Agong. Ini adalah kegagalan
ke dua beliau berbuat demikian dalam seminggu. Pak Samad sedar beliau harus
melakukan sesuatu untuk menebus kembali dosa-dosa beliau kerana dua kegagalan
di atas.
Pertamanya gagal apabila beliau dengan sengaja
tidak menyerah memo tersebut apabila diberi peluang berbuat demikian ketika
bertemu dengan YDP Agong pada 05July. Lihat gambar>
Kedua apabila beliau gagal masuk ke pintu
Istana Negara kerana dihalang pada 9 July. Lihat video disini>
2-
Tetapi Pak Samad tetap dengan sinar-sinar cahaya beliau apabila berkata sudah
tiba masa tampuk kepimpinan negara memperlihatkan perubahan dengan diterajui
oleh kalangan rakyat dan pilihan raya umum ke-13 akan membawa sinar harapan. Kata-kata
Pak Samad dibawah lebih merupakan ungkapan-ungkapan hasutan oleh seorang
sastrawan.
“Sudah tiba waktunya rakyat pula yang
berada di tampuk kuasa ” kata beliau pada satu ceramah di
Taman Melewar.
3- Pak Samad jelas merujukan tampuk kuasa
sekarang di monopoli oleh segelintir golongan bangsawan. Ungkapan ini amat
membimbangkan. Lebih membimbangkan lagi
ialah apabila beliau memberi nama-nama khusus sebagai golongan bangsawan
tersebut.
“Selagi golongan bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat
merasakan apa yang dirasai oleh rakyat”
“Sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh
golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan
Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang
mempunyai harta dan pangkat”
4- Pak Samad meniup angin bahang panas supaya
rakyat yang miskin dan tidak berharta bangun menentang tampok pemerintah yang
dikatakan bangsawan. Pak Samad sedar dan lebih arif bahawa golongan Istana juga
termasuk di dalam golongan Bangsawan. Adakah Pak Samad meniup angin revolusi
supaya bangun menentang Istana? Ini
tersangat amat merbahaya.
5- Daripada ungkapan Pak Samad tersebut,
beliau telah mula menaikan semangat pemberontakan dengan meniup angin ‘REVOLUSI MENTAL’ supaya rakyat sedar dan bangun memberontak seperti
Bersih 2.0, tetapi didalam skala yang lebih besar.
6- Sebagai persedian Pak Samad memainkan
api-api ‘Revolusi Mental’ sebagai tanda awalan kearah revolusi yang lebih besar
yang dirancang oleh Anwar dan Hadi Awang.
7- Maka tidak hairan lah jika sebelum ini Anwar
Pkr membuka opsyen “REVOLUSI BUNGA RAYA” > sebagai pemberontakan berikutnya.
Hadi Awang Pas pula belum lagi menamakan rancangan pemberontakkan beliau >.
Hadi Awang Pas pula belum lagi menamakan rancangan pemberontakkan beliau >.
8- Sedar lah bahawa golongan Istana juga
merupakan Bangsawan Aristokrat Yang Budiman>. DS Najib adalah
golongan Bangsawan Istana Pekan dan beliau bersusur galor dari Aristokrat Bugis
yang keturunan Raja Gowa ke-19, I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone Sultan Abdul Djalil Tumenanga ri Lakiung (1667-1709)>
9- Adakah pemerintahan sekarang sedar ini
semua. Pencegahan awal oleh KDN amat lah mustahak sebelum terlambat untuk
mendiamkan Pak Samad kerana meniup apa-api dan angin pemberontakan terhadap
Istana.
Sumber
bahan Minsider, Dewan Bahasa, Kompas Asia.
HH
ReplyDeleteMat Hippies ni patut ditangkap dan disoal siasat. Sebelum disoal, botakkan dulu, baru hilang segala setan yang bergayut keliling kepala dia.
Assalam Bro
ReplyDeleteBusuk juga hati orang tua ni... Memang lepas ni dia akan ganti Shahnon sebagai pencacai puak pembangkang.. Dia lupa pada sejarah tetapi sejarah tidak akan melupakan tindak tanduk beliau sebagai pengkhianat bangsa Melayu... Pejuang bahasa konon...?
Tenggara:-)
ReplyDeleteRambut misai cukup berharga:-)
Masuk dalam Tin, label "MISAI SASTRAWAN"
Pas boleh jual minta derma jihad.
Berkat gua kata luu.
Bro Ajai:-)
ReplyDeleteKalau dah senja-senja mcm Pak Samad buat hal memang rumit sikit.
Esok buku-buku sekolah yg susah. Anak2 kita yg kompius.
Kenapa Pemberontak yg menjatuhkan kerajaan Empayar Bugis (susur galor Najib) di Malaysia di beri gelaran dan di sanjung sebagai Sastrawan Negara?
Kompius giler, kalau baca dlm buku sejarah.
Tun Mahathir bukan dari bangsawan, dia dari golongan orang susah
ReplyDeleteHISYAMUDIN MENTERI KDN MESTI LETAK JAWATAN....TERLALU LEMAH dan TAKUT Membuat rakyat hilang keyakinan pada UMNO,,,,,,DATO SERI NAJIB "SEPUPU" DATO SERI TAK BOLIH PIKUL TANGGONG JAWAB SEBAGAI MENTERI KDN,,,,,,ini KELUHAN RAKYAT yg sayangkan UMNO,,,,,,,,
ReplyDeleteUntuk pengetahuan, bapa Tun termasuk dlm golongan orang berada di Seberang Perak, sebelah kilang ais.
ReplyDeleteBerada sebab bukan keturunan bangsawan. Duit bukan dapat free atau turun temurun seperti istana.
Beliau senang sebab Bapak Tun belajar-belajar-belajr.
Master Mohd Pengetua Melayu Pertama Kolej Sultan Abd Hamid. Sekolah elite masa itu.
Jadi Tun bukan Bangsawan, tapi senang berbanding dgn rumah-rumah sekeliling.
Mana tau? Rumah tuanhamba 1 kilo dari Kilang Ais rumah Master Mohd
Senang lenang,kaya miskin, jahat baik adalah RELATIVE PERBANDINGAN dengan sesuatu pusat rujukan.
Contoh, Tuan Anon 13:20 mungkin termiskin berbanding dgn Tun. Tetapi Anon 13:20 adalah manusia terkaya jika berbanding dgn 1,000 orang Afrika yg tak dapat makanan.