Multiple Pages

10/07/2011

Rusuhan 3.0 - Hadi Naik Berang & Syok. Hadi Beri Amaran Keras Kepada Kerajaan. Akan Ada Lagi Rusuhan.

Oleh : HHalem.
Polis Hantar Hadi Pulang Selepas Tahanan

1- Sebaik sahaja Hadi Awang dibebaskan selepas di tahan, beliau telah naik berang dan mengeluarkan amaran kepada kerajaan bahawa Bersih 2.0 hanyalah permulaan dan perancangan yang lebih besar dan ganas akan di adakan selepas ini. Kata Hadi;

"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi, bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan,"

2- ‘Bantahan dan kebangkitan lebih besar’, jelas merupakan satu ugutan huru-hara yang teruk daripada Bersih 2.0 pada 9 July lepas,  akan berlaku lagi.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
...................................................
Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Sumber lidah rasmi Pas.

28 comments:

  1. Tahniah Hj Hadi....fatwa terbaru tuan akan memudahkan pengikut Tuan jadi penderhaka. Tuan memang layak jadi pemimpin yang hebat. Ingat kalau kita boleh ajak orang merusuh di KL orang lain juga boleh merusuh kat Kelantan, Selangor, penang dan Kedah. jangan ingat fatwa tuan hebat sangat...Melayu tak sedar diri..nama je tuan guru. ajar ajaraan salah..mungkin sesuai dengan nama PAS. Pemimpin ajaran salah.

    ReplyDelete
  2. tuan guru haji hadi, adakah tuan guru merupakan ulama suu yang diperkatakan, adakah pernah terfikir

    ReplyDelete
  3. secara rasmi pas bertukar prinsip lagi,,,dari parti berkabajikan kpd parti pengganas

    ReplyDelete
  4. 2.0 baru mukadimah? berapa banyak mukadimah daaa ...

    ReplyDelete
  5. KESIAN HAJI HADI............. BERAPA RAMAI YANG MENERIMA FATWA DIA TELAH MATI SESAT. FATWA KATA UMNO SESAT DAN MACAM2 LAGI. KESIAN HADI. DAH TUA TAPI MASIH TAK BERUBAH

    ReplyDelete
  6. bangong punya hadi awang..ingat dulu dia ada keluarkan fatwa..ni nk bt hal lg ker?ingat la lubang kubur sama..jgn lah nk pecahkan umat islam ni kat malysia ni..kita hidup aman damai..

    ReplyDelete
  7. hj hadi ni harapkan perut sahaja besar,oh maaf
    bukan perut besar tapi perut boroi.banyak dosa tu,kena taubat nasuha tu ,takebeer

    ReplyDelete
  8. ala..tgk perut dia tu, penuh dgn benda2 haram dlm tu. Satu hari Allah buat dia tak bolih berak, baru dia tau.

    ReplyDelete
  9. Tahniah Hj Hadi.lim kit siang lebih cerdik n bijak
    dari anda dok lepak kat hotel main dam aji.jadilah
    ulamak contoh jgn cemarkan nama anda,contoh ulamak
    terbaik macam uts haron din cool..jgn guna emosi n
    fantasi,lim kit siang belajar sekolah atap ngan
    lee kuan yew yg mudah dapat singapura pandai
    putarbelt/berlakun baik dah dapat dipijak balik
    tok guru.lee kuan yew mentornya yahudi.belajar
    sejarah tuk guru sikit baru kata tok guru
    bijaksana bukan sekarang.dap ada masterplan n strategy.fikir fikir

    ReplyDelete
  10. dah lah tu tok guru oii!! berapa ramai lg anak bangsa melayu yang nak hang korbankan?? semalam meninggal sorang..kategori apa tu? syahid ka?? hanya katak sj yg mati mcm tu...!! haprak punya tok guru!!

    ReplyDelete
  11. abdul hadi dah terasuk dgn anwaritas, siap menganga dengar temberang anwar, dia pun dah ikut temberang
    sabar dan banyak beristigfar, sekarang abdul hadi dah wala kat ambiga menolak nasihat raja-raja melayu

    ReplyDelete
  12. kepada saudara2 islam saya,samada ada di pihak pemerintah atau pembangkang harus lah sedar bahawa inilah hasil daripada pengamalan demokrasi di negara kita ini dan di negara2 islam yg lain.demokrasi mengajar islam ke arah pepecahan kerana;

    -memilih pemimpin bedasarkan suara majoriti kepada saluran al quran(pemerintah tunduk tuntutan rakyak yg memilih mereka)
    -fitnah memfitnah dalam merebut kuasa
    -cara yg salah memilih pemimpin melalui kertas undi..
    -demokrasi la juga yg telah menumbangkan pemerintahan khalifah terakhir di turki kira 93 tahun yg lalu melalui meracuni pemikiran musthapa kamal artaturk.

    jelas bahawa janganlan antara kita yg terpedaya kepada dakwah musuh2 islam yg menggula gulakan demokrasi mereka kepada kita...

    jelas sekali tiada negara yg aman tanpa fitnah atau keganasan dalam menjalan kan demokrasi.

    sama2 kita fikirkan dan kembali ke ajaran sebenar dalam memilih pemimpin berlandaskan ajaran al quran

    ReplyDelete
  13. Dia dah siang2 ngaku PR akan kalah di PRU akan datang!! Sbb tu dia kata bantahan juga akan diadakan SELEPAS Pilihanraya!! Kalau mereka menang PRU nanti, tak timbul mereka akan adakan bantahan SELEPAS pilihanraya. Mereka sebenarnya dah tahu mereka akan kalah PRU nati, rusuhan BERSIH sekarang sekadar nak psycho dan persedia rakyat bhw kekalahan yg akan mereka lalui di PRU akan datang adalah kerana sistem pilihanraya kotor..

    ReplyDelete
  14. bai'ah talak 3 masa PRU 12 sapa suruh? pandai tak boleh diikut puak2 ni.

    ReplyDelete
  15. Saya cadangkan Bersih 03 di Kota Bharu. Bagi peluang Nik Ajis lak kena tangkap. Kalau boleh biar dok lokap 48 jam. Bukan apa, peluang dia tarbiah member-member dia yang kena tangkap sama. Selepas tu adakan Bersih 04 di Pulau Pinang. Kasi can jugak Lim Guan Eng masuk lokap, melawat kawan-kawan. Bersih 05 di Kedah. Itu pun kalau Azizan sanggup turun padang bersemo. Bersih 06 barulah adakan di Shah Alam. Kasi can Khalid Gereja balas dendam. Amacam?

    ReplyDelete
  16. Insaflah - Tidakkah lebih baik kalau dapat BUKTIKAN kemampuan menganjurkan perkara perkara positif yang membawa kebaikan mahupun kebajikan daripada menganjurkan perkara perkara negatif yang boleh menimbulkan BENCANA. Tak usah bimbang, masyarakat tahu menilai.

    ReplyDelete
  17. Kawan aku sepupu dia.menurut dia Hadi awang memang teruk lagi daripada gangter.cuma dia ini gangster pakai serban dan kopiah putih."Amanat Hj Hadi"Ibrahim Libya mati syahid atau jahil hanya tuhan yang maha mengetahui.Hidup hanya sementara bawa lah bekalan secukupnya.dari gangter pakai jean rambut punk

    ReplyDelete
  18. Allahuakbar. Takbir untuk Tuan Guru Haji Hadi yang SESAT serta lagi MENYESATKAN!

    Fatwa yang di terima dari mimpi oleh Guru Yoga Ambiga.

    Fahaman yang Sonsang. Kita bertemu dan bermuafakat secara baik di Parlimen dan di meja.

    Bukan di Jalanan yang meletakan pasir di periuk nasi orang lain.

    Ini fatwa Kebajikan ke? Bandaraya Kuala lumpur lumpuh kerana berakalkan Ambiga dan Peliwat Tegar. Peneraju IFC yang menyokong Islam kearah MURTAD.

    Jangan ikat Serban kuat sangat, darah tak mengalir kat kepala. Susah nak nampak siapa yang di pergunakan.

    ReplyDelete
  19. Tuan Hj Hadi insaflah, janganlah tokuk lagi dosa-dosa yang lalu. Dosa mengkafirkan orang UMNO belum terampun lagi. Sisa hidup yang tinggal tu buatlah amal yang baik. Sokonglah pemimpin Islam. Buatlah perbandingan antara Anwar Ibrahim dengan Pm Najib; siapa lebih molek. Kata2 Tuan Hj tu terlalu mengikut imarah Syaitan.

    ReplyDelete
  20. dio mana reti insaf...semakin tuo semakin teruk...bodoh sombong....mampus lebih baik...hidup hanya menyusahkan orang....

    ReplyDelete
  21. Haji Hadi ni memang sah sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  22. Terkejut saya mendengar Haji Hadi berlagak bagitu anggkuh. Bukan kah Tuan saorang guru ugama, saorang ulama ect sapatutnya lebih tenang dan lebih ingatkan Allah. Ni marah sangat nampak kurang kesabaran....inikah saorang pemimpin yang kuat beribadat, sentiasa memohon petunjuk Allah. Nampaknya Tuhan daH tunjuk kualiti sabenar peminpin PAS (perjuangan agama songsang) yang baik. MU LAGAK CAM GANGSTER AJA. PI RAH BALIK TRENGGANU MU, TIPU ORANG DISANA CUKUP LAH

    ReplyDelete
  23. Serban aje beso otak kecik balik ganu la jangan kau pijak negeri aku lagi lain kali pakai topi koboi amerika kan sama ideloginya.....

    ReplyDelete
  24. Assalam Bro

    Biarkan dia dengan fatwa dia... Yang kena balun esok penganut agama PAS juga yang rata-rata bodoh tak boleh diajar... Orang yang mengaku diri sendiri ulama ni sebenarnya menzalimi diri dia sendiri sebab bekawan dengan syaitan...

    ReplyDelete
  25. kepada yg atas2 semua anda tk tahu apa tu perjuangan ,kalau nk tahu ikut lh sekali himpunan tu baru tahu apa cerita sebenarnya jgn mengata je igt dunia ni sementara saja akhirat tu kekal ,hanya amalan kita je yg bawa,kalau nk selamat dunia dan akhirat ikuti lh ulamak,ceramah2 seperti di kelantan,cuba dgr dan lihat dgn mata sendiri dgn lbh dekat lg jgn duk mengata je dari jauh pergi tgk sendiri...........

    ReplyDelete
  26. SEMUGA ALLAH BERI PETUNJUK KEPADA MEREKA2 INI DAN APA KATA ULAMAK2 YANG MENYOKONG PAS...sedih sangat2..

    ReplyDelete
  27. apa nak jadi la politik kat msia ni...

    ReplyDelete
  28. BERSAMA SAMA DALAM PERHIMPUNAN YANG DI KATAKAN BERSIH ITU BUKAN SAHAJA HADI AWANG,ANUAR IBRAHIM, TETAPI YANG TURUT SERTA DALAM PERHIMPUNAN ITU BERPULUH PULUH RIBU IBLIS DAN SYAITAN YANG MENGHASUT PUAK PUAK INI UNTUK MELAKUKAN KEGANASAN. SEMAKIN LAMA BERDEMO SEMAKIN PANAS, MAKA MINDA SEDAR AKAN HILANG DAN YANG MENYUSUL IALAH MINDA SEPARUH SEDAR DAN INI LAH YANG MENDORONG PENDEMO PENDEMO AKAN MELAKUKAN KEROSAKAN DAN KATA NISTA TERHADAP ORANG LAIN.

    WARGA SEBELUM MERDEKA

    ReplyDelete