Multiple Pages

06/07/2011

Stadium Shah Alam:- Cukup Pelik. Khalid Ibrahim Sendiri Pun Takut Dengan Perlawanan Melalak Bersih. Jelas Beliau Tidak Yakin Dengan Bersih.

Oleh : HHalem.

1- Menteri Besar Selangor TS Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membenarkan perhimpunan Bersih Sabtu ini diadakan di Stadium Shah Alam.

2- Buat pertama kali nya seorang pemimpin tertinggi Pkr terasa malu dengan tindakan dan kenyataan beliau sebelum ini. Sebelum ini apabila dicadangkan himpunan Bersih 2.0 dibuat di stadium, beliau berkata ‘tidak kick’ dan ‘tidak ada uummph’  jika dibuat di stadium dan ia perlu dibuat di jalanan.

3- Bagaimanapun hari ini Khalid Ibrahim berkata;

“Penganjur perhimpunan itu perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan iaitu ia diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan...Mereka perlu berdisiplin tertib dan terkawal jika berlaku sebarang kerosakan mereka perlu menanggung kosnya

“Saya tidak boleh komen mengenai sama ada mereka akan meneruskan perhimpunan itu ataupun tidak,  tetapi sekiranya mereka mahu menggunakan Stadium Shah Alam,  saya benarkan dengan syarat tujuannya tetap sama iaitu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan raya SPR melaksanakan perubahan memastikan pilihan raya diadakan secara lebih terbuka ” 

“Langkah itu juga sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan” kata Khalid dipetik Bernama Online

4- Tahu pulak beliau berasa takut dengan perangai penganut-penganut Pas-Pkr-Dap yang suka merosak harta benda awam apabila merusuh. Tawaran Khalid dilihat sebagai menebus kemaluan beliau sebelum ini yang beriya-iya berkehendakan himpunan di lakukan di jalanan.

5- Beliau juga tahu bahawa Rusuhan Bersih 2.0 dibiayai oleh NGO Luar Negara, maka segala bayaran kos kerosakan tidak mempunyai masalah langsung.

6- Kepada yang berada di luar negara ketika ini, seperti KJ, Nik Aziz dan Anwar, boleh lah pulang ke Malaysia kerana polis tidak lagi akan membuat operasi menangkap secara besar-besaran. Tunjuk lah konon-kononnya anda patriotik dan bergegas lah pulang untuk sehidup semati bersama rakyat.

“Aktiviti menonton permainan ‘melalak’ dalam stadium perlu kah permit?”

Sumber utama Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment