Multiple Pages

13/07/2011

SURAT MOHON LUCUT ANUGERAH :- Darjat Dan Pingat Ambiga & Anwar.

Oleh : HHalem.

Petition Online

TINDAKAN UNDANG-UNDANG DAN CADANGAN KEPADA DULI YANG MAHA MULIA DIPERTUAN AGONG MALAYSIA MENARIK DARJAT KEBESARAN DAN PINGAT

To:  Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Prime Minister of Malaysia,
Prime Minister's Office,
Main Block, Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya , MALAYSIA
Tel: 603-8888 8000
Fax: 603-8888 3444
E-Mail: ppm@pmo.gov.my

RE: SUSULAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG DAN CADANGAN KEPADA DULI YANG MAHA MULIA DIPERTUAN AGONG MALAYSIA MENARIK DARJAT KEBESARAN DAN PINGAT.

Assalammualaikum Dato Seri,

Kami sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kestabilan, harmoni dan perdaduan, ingin memohon jasa baik Dato Seri untuk mengambil tindakan dan sekiranya perlu, mengesyorkan kepada DYMM Dipertuan Agong perkara berikut:

1.       Mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah melanggar arahan / perintah makhamah untuk tidak memasuki ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur pada 9 July 2011.

2.       Mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah ditangkap kerana menghadiri perhimpunan haram pada 9 July 2011.

3. Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengelola organisasi haram "BERSIH 2.0" kerana melanggar dan mencabul titah DYMM DiPertuan Agong.

4. Mengesyorkan kepada DYMM DiPertuan Agong untuk menarik kembali segala darjat dan pangkat yang telah dianugerahkan oleh Baginda kepada mereka terutama sekali Ambiga, Anwar Ibrahim, A Samad Said dan Hadi Awang.

5. Tindakan melucutkan taraf kerakyatan atau buang negeri terhadap Ambiga dan Anwar kerana menghasut rakyat untuk merusuh, memberontak dan menentang kedaulatan undang-undang Malaysia.

Perpecahan kaum dan perpaduan semakin berleluasa akibat hasutan pihak pembangkang, NGO dan agen-agen asing. Kami mahukan kestabilan, kekuatan ekonomi dan perpaduan. Pencapaian dan kemajuan ekonomi yang Dato Seri usahakan dan capai kini akan hancur dalam sekelip mata akibat mereka yang tidak senang melihat Malaysia ini maju makmur dan aman.

Sekiranya Dato Seri tidak mengambil tindakan tegas dan memantau anasir-anasir subversif dan usaha mencemarkan imej negara, rakyat jelata Malaysia akan hilang arah dan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Dato Seri.

Apabila ini berlaku, pihak pengkhianat negara akan dengan mudah menguasai negara Malaysia tercinta ini. Usaha Dato Seri akan menjadi sia-sia dan masa depan anak bangsa juga akan menjadi kelam. Kami tidak akan teragak-agak memberontak demi mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini tanpa bantuan kerajaan pimpinan Dato Seri.

Kami rakyat Malaysia yang mewakili majority terbesar penyokong kerajaan dengan itu memohon supaya permintaan kami diberi perhatian penuh dan serius kerana keamanan, keharmonian, perpaduan dan kekukuhan ekonomi negara Malaysia adalah penting untuk kesenambungan generasi sekarang dan akan datang.

Dengan itu, kami rakyat Malaysia dengan sejuta (1,000,000) tandatangan meminta permintaan kami diberi perhatian.

Sekian, Terima Kasih.


Yang Ikhlas,

Rahmat Azim Abd Aziz.

Sincerely,


The Undersigned

9 comments:

  1. SEMUGA ALLAH BERI KAMI PETUNJUK YANG BENAR disambar petir jika berbohong dilaknat Allah menganaia orang2 Islam ....Amin....

    ReplyDelete
  2. cuba pastikan adakah surat ini ditujukan kepada Perdama Menteri Malaysia atau ketua negara asing atau tersalah alamat.

    Bahasa jiwa Bangsa.

    ReplyDelete
  3. Hehehe....aku dah sign up. Sebelum aku pangkah PRU13 lebih baik aku pangkah muka peliwat dulu.

    ReplyDelete
  4. Sila sebarkan petition ini kepada umum.... Satu usaha yang sangat baik....

    ReplyDelete
  5. Ruangan cuit dalam Utusan Malaysia hari ini menarik perhatian untuk renungan pembaca. Segala pembohongan yang licik oleh Anwar Ibrahim selama bertahun-tahun tidak dapat dikesan lebih awal oleh Dr Mahathir dan BN. Bila Anwar dipecat beliau mendapat simpati ramai yang menyangka beliau teraniya. Pembangkang yang mengambil kesempatan membela Anwar telah berjaya mempengaruhi pengundi dalam pilihanraya. Kini ramai yang sudah sedar siapa Anwar yang sebenar.

    ReplyDelete
  6. like like ... jom share pada semua rakyat yg cinta kan keamanan ksetabilan dan kemajuan negara tcinta malaysia

    ReplyDelete
  7. spatut ny yg mncadang kn petisyen ini,semak dlu titah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah sblum ini.bginda brtitah agar org2 politik jgn cuba utk mncampuri urusan istana.angerah tu di kurnia kn oleh pihak istana,biar kn pihak istana yg mnntukn ny.yg korng ni smua nk diatur dr rkyt smpai kpd raja2 mngkut tlunjuk korng,knp?dn utk mklumat korng,anugerah kpd individu2 trsbut ada lh dr istana2 ngri bkn istana negara.jd pd pngampu2 "make sure your brain is engaged b4 you put ur mouth into action"

    ReplyDelete
  8. anon 22:35

    "make sure your brain is engaged b4 you put ur mouth into action"

    First of all we are not politicians, we are the ordinary rakyat, we are the real rakyat who want something to be done to these two animals who created so much uneasiness to us the majority rakyat who had chosen the present government.

    To Whom the petition is addressed we dont care, as long as our voice are heard, the message is clear. May be Agong can advice the sultan corncerned, you like it or not , the rakyat will speak out for the benefit of the nation, Islam, Malays, rakyats,sultans, whoever yang cintakan keamanan dan negara ...

    ReplyDelete
  9. Tuan White:-)

    Excellent view.

    ReplyDelete