Oleh : HHalem
1- Dalam keputusan mahkamah pagi ini (1/7/11),
Hakim Singham memerintahkan supaya saman kepada Baginda Minda itu dibuat
melalui penyampaian gantian iaitu iklan di surat khabar. Sehingga hari ini,
Baginda Minda tidak muncul di mahkamah, walaupun warta mengenai kes saman
fitnah yang dibuat oleh Ummi Hafilda ke atasnya sudah menjadi pengetahuan umum.
2- Kita telah lihat siapakah pendusta dan pengecut sebenarnya kerana
Baginda Minda telah lari ke lubang cacing. Besok-besok dia akan tiba-tiba
muncul dengan fitnah terbaru iaitu dia menerima ugutan bunuh dari Umno-BN, maka
sebab itu lah beliau lari bersembunyi.
3- Bagi Malaysiakini pula yang
telah tersepit, ini kata Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam peribadi Ummi Hafilda;
“Dalam mahkamah pagi ini,
peguam Malaysiakini hanya lapor apa yang dikatakan oleh Baginda Minda.
Malaysiakini tidak boleh membela diri tanpa kehadiran Baginda Minda, kerana penama
itu adalah saksi utama.
“Jika Baginda Minda secara
terus menerus menghilangkan diri, mereka (Malaysiakini) telah menawarkan diri untuk
berkompromi”,
Maksud kompromi adalah penyelesaian di luar
mahkamah berkenaan ganti
rugi
yang sewajarnya dibayar kepada Ummi Hafilda. AidcNews>
4- Jika wang bukan lah matlamat perjuangan seperti
apa yang selalu di uar-uarkan oleh Ummi Hafilda, maka tiada ruang untuk
Malaysiakini berkompromi. Ummi perlu menyaman Malaysiakini sehingga mereka
tutup-kedai.
5- Tetapi jika Ummi berkompromi dengan apa juga alasan
sekali pun dan menerima wang ganti rugi, maka Ummi tidak ubah seperti
pembangkang yang hanya mementingkan wang. Kita akan berpersepsi bahawa Ummi
seperti juga Azmin Ali adalah opportunis yang hanya menunggu peluang merompak
dan memeras ungut apa sahaja jika berkesempatan dan membiarkan Malaysiakini bebas.
SYABAS DAN TAHNIAH..KEBENARAN TERSERLAH, MAHKAMAH TELAH BUAT KEPUTUSAN YANG ADIL DAN BIJAK
ReplyDeleteummi, teruskan perjuangan, kami menyokong anda
ReplyDeleteYes RM100 million or nothing.... Biar HAPRAK ni tutup kedai terus...
ReplyDeleteAssalamualaikum....
ReplyDeletesaya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan...
andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..
Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net
TERUSKAN PERJUANGAN MENENTANG PENYEBAR FITNAH SAMPAI KEKUBUR..SYABASH UMMI.
ReplyDeleteTQ Tuan Rakus:-)
ReplyDeleteTahniah Tuan.
Objektif Majlis Himpunan saja kot.?
Harap2 objektif lain bukan mcm yg dikendalikan oleh Tun tu.
Ummi teruskan perjuangan. Janganlah berkompromi di luar mahkamah.Perjuangan Ummi adalah demi Alif, Ba dan Ta. Allah telah kepada yang benar. Ummi adalah Sri Kandi Negara yang bangkit setelah hampir gugur dalam perjuangan. Kami tetap menyokong Ummi....Kebenaran tetap berdiri
ReplyDeleteIngat Ummi maruah Ummi bukan bernilai sebagai mana maruah Shamsidar dan Azmi yang boleh dibeli dengan wang jutaaan ringgit...
ReplyDeleteTapi funder mkini. MLDF + OSI.
ReplyDeleteAnon 23:33:-)
ReplyDeleteKalau 100 million sanggup ka dia orang tu bayar?
Adakah Mkini teramat sangat bernilai sebanyak itu dan mereka patut diselamatkan.
Mereka akan buat 10 lagi yg serupa Mkini.
Mereka akan biar Malaysiakini mampus.
Sekarang funder tersebut buat diam-diam, salur sana, salur sini. Jika dia selamatkan Mkini, lagi sah terang tersuluh lah duit itu dari pengkhianat negara.
On the lighter side:-)
Kalu 100 juta Ummi boleh buat penjara terbesar untuk sumbat geng-geng Pkr-Pas-Dap, di sebuah pulau. Contoh di Pulau Layang Layang.