Multiple Pages

30/07/2011

Video. Pembangkang Frust Gila. Perang Melobi Umno Akan Bermula.

Oleh : HHalem.


1- Di istiharkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO ialah pada 29 November hingga 2 Disember depan.

2- Jangkaan Anwar dan pembangkang amat meleset kerana mengadakan Rusuhan Bersih 2.0 pada 9 July, dengan harapan untuk mendapatkan impak terkuat dan terbesar pada PRU 13 nanti, yang mana pada awalnya di jangkakan pada akhir tahun ini. Rusuhan Bersih semata-mata bertujuan mengulangi scenario pada 2007, nampaknya sekali lagi gagal.

3- Umno, Pemuda dan Wanita akan membuat persiapan untuk berperang melobi habis-habisan selama 3 bulan untuk menahan tapak dan kerusi pemerintahan masing-masing pada 29 November 2011 nanti. Peperangan dengan Pas-Pkr-Dap akan berkurang dan akan dilupakan buat sementara waktu kerana asyik melobi sesama sendiri.

4- Oleh kerana itu PRU 13, tidak akan diadakan pada tahun 2011 ini.

5- Selepas Perhimpunan Agung Umno selesai, tempoh bertenang, tempoh penyatuan semula kekuatan jentera dan tempoh penyatuan semula ahli diperlukan. Penyusunan semula strategik untuk perang berikutnya diperlukan. Ia mungkin memakan masa 6 ke 9 bulan minima. Oleh itu tahun 2012 menyaksikan, tahun bagi Umno-BN menyusun kekuatan dan penyatuan semula.

6- Bulan September ke December 2012, adalah tarikh Raya Puasa, raya Krismas dan sambutan tahun baru. Ia adalah musim mood percutian.
Adakah PRU 13, akan diadakan pada musim mood percutian?

7- Perlu diambil kira juga waktu kecemasan, floating time dan waktu ‘apa-apa-pun-boleh-berlaku’ diantara January ke March 2013

8- Jadi bila kah waktu yang terbaik untuk PRU 13, kerana tarikh akhir ialah pada March 2013?

9- Anwar waktu ini telah di-sungai-buluh-kan.
Apa pula strategi Pas-Pkr-Pas?
Bila tarikh Bersih 3.0?
Adakah KuLi sudah selesai dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen?

10- Hadi sebagai Ketua Pembangkang?
Kita tahu Kitsiang dan Karpal, cukup phobia dengan manusia memakai kain dan ketayap puteh atau serban kehulu kehilir untuk mewakili mereka.

Jadi Hadi akan diratah hidup-hidup oleh Komunis Dap kerana Hadi tidak dapat menarik golongan 3rd Force seperti KuLi. 

Lagi pun Dap yang akan menentukan segala-galanya.


2 comments:

  1. Salam Tuan,

    Bersih dah jadi macam Windows during the early 90s ... ada versi 3.0 ... then upgraded to 3.1 ... 3.2 ... and definitely akan ada Bersih versi 3 suku ...

    ReplyDelete
  2. Yes Tuan:-)

    Version 3.1.

    Upgradeble to Version 4.0 Home Edition:-)

    ReplyDelete