Multiple Pages

15/07/2011

Wawancara. Pak Samad Cukup Melampaui Batas

Oleh : HHalem.

1- Anda ingin mengetahui betapa kecewanya Pak Samad kerana beliau telah disekat di hadapan pintu Istana Negara dan tidak berkesampaian bertemu dengan KDYMM YDP Agong untuk menyampaikan Memorandum Bersih 2.0 pada 19 July yang lalu.  Lihat video penghinaan di Istana di sini>

2- Pak Samad juga ditampakkan sebagai orang yang tidak boleh berdiplomasi dan tidak boleh diharapkan memegang tanggungjawap yang berat apabila beliau gagal menyerah memo.

3- Semua penghinaan yang beliau terima diluahkan sebagai amarah kepada DS Najib. Di waktu yang sama beliau sempat meniup api hasutan supaya mengulingkan golongan Bangsawa.

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas,"

3- Tindakan Pak Samad nampaknya semakin melampaui batas sebagai seorang Sastrawan Negara.

Hayati perbualan beliau dengan wartawan Malaysiakini...

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini.

"Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah,"  katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menceritakan kembali "kebengisan" polis dalam menangani perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, A Samad mendakwa pentadbiran Najib sekarang mengarah kepada menjadikan Malaysia negara kuku besi.

Ketika diwawancara Malaysiakini di sebuah restoran di Bangsar hari ini, A Samad berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam".

"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Tapi kalau (di) Youtube,  tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.

Kepimpinan 'bangsawan'

Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan kempen sama di Facebook yang kini sudah digemari hampir 200,000 orang.

"Ya, saya mahu (beliau letak  jawatan). Saya ikut (perkembangannya) dalam Facebook, amat bagus (kempen itu). Kalau di Jepun, orang lain buat salah pun, menteri itu tunduk depan orang”

"Ada perdana menteri Jepun tidak sampai satu penggal pun, (letak jawatan). Tapi di sini tentu, orang sangat mengidam kuasa," katanya sambil menambah kerajaan tidak lagi memerintah "dengan sukaan umum".

Bagaimanapun, ditanya tentang perdana menteri mana yang yang paling bagus, A Samad tidak menjawabnya secara langsung, sebaliknya menyebut tentang penguasaan "bangsawan" bagi jawatan itu.

Katanya, sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan, kecuali Dr Mahathir, kesemua perdana menteri disandang oleh golongan itu yang disifatkannya "hidup mudah".

"Laporan-laporan yang sampai ke telinga (mereka) itu, semuanya yang cantik sahaja. Jadi, mereka tidak merasakan (kesusahan rakyat)”

"Saya merasakan sudah waktunya, kepimpinan harus datang dari bawah, bukan dari atas," tegasnya lagi.

Ditanya berapa lama BN boleh bertahan untuk memerintah negara ini, sasterawan yang membiasakan dirinya dengan panggilan "bapak" berkata beliau sukar untuk meramalkannya.

"Tetapi bapak harapkan dalam pilihan raya akan datang, mereka undur ataupun jatuh. Itu harapan saya," katanya.

9 comments:

  1. kepala BAPAK a. samad said!!

    ReplyDelete
  2. Tak pa laaa....dia dah nyanyuk. Umoq ni dah patot bertaubat dahhh...Tobat Lahumm!!! Heheheh...

    ReplyDelete
  3. Pak Samad telah memilih jalan yang dia fikir betul untuk menegakan kebenaran.Kita kena hormati ideologi beliau itu. Namun Pak Samad juga perlu akur kepada hak majoriti rakyaat Malaysia yang memerintah sekarang.Adalah hak pemerintah menjaga keamanan negara ini dari diporakperandakan oleh anasir2 jahat yang cemburukan kejayaan orang Melayu dan agama Islam di Malaysia . Pak Samad perlu faham tentang hakikat tersebut. Pak Samad perlu sedar sekiranya hal yang sama berlaku di negeri2 Arab, Asia dan Eropah...sudah tentu pehak pembangkang diperlakukan dengan lebih kejam dan tanpa belas kasihan lagi.Pak Samad bernasib baik kerana menentang kerajaan Melayu Islam yang bertamadun dan berpegang pada prinsip tolak ansur dalam demokrasi berparlimen ini.Sedarlah pak Samad.

    ReplyDelete
  4. Tok Samat Oh! Tok Samat...dolu aku sanjung ko kini hilang hormat!..yg pasti Tok Samat akn habiskan sisa sisa hidupnya bersama petualang durjana..karya nya tak pernah pun di halang..tok samat bebas bergerak ke sana sini dgn gaya hippies nya...apa lagi yg sebebarnya dia mahu ?..Tok Samat oh! Tok Samat...Sayang! Seribu kali Sayang !

    ReplyDelete
  5. dah nyanyuk & nak mampos org tua nih.....

    ReplyDelete
  6. pak samad dah ditunggang oleh pas ,pkr, dap dan ambiga sampai tak nampak mana yang hak dan batil.

    ReplyDelete
  7. pak samad,
    apa jasa lu pada negara nih....cakap pandailah...lu bole ker memerintah malaysia....kalau nak harapkan ko punya puisi bole bagi makan ker pada rakyat....nyanyuk nak mampus org tua nih....

    ReplyDelete
  8. A Samad Said Bodoh!!

    ReplyDelete
  9. cam madey gak..patutnya dah lama bertaubat.... bukan nak menongkat dunia lagi... rumah dia pun dah kata pegi...

    ReplyDelete