Multiple Pages

07/08/2011

Anda Turut Membiayai Pembunuhan Oleh Amerika? Rumusan Dari Blog Ayahanda Tun.

Oleh : HHalem.

Rumusan dan dapatan yang dibuat dibawah adalah hasil dari satu article oleh Tun Mahathir. Di sini>

1- Sangat menarik apabila membaca tulisan Tun Mahathir mengenai Kerajaan Amerika yang berhutang sebanyak US$14 trillion kepada dunia-dunia luar. Dan kerajaan Amerika ingin meminjam lagi untuk membayar semula hutang hutang tersebut. Bermakna disini hutang cukup lama atau ia tidak akan langsai langsung. Dan yang menarik lagi ialah apabila hutang-hutang ini tidak dapat dilangsaikan maka negara Amerika akan di istihar bankrupt.

2- Tun turut menyatakan satu lapuran dari US melapurkan bahawa hutang untuk membiayai peperangan di Iraq, Afghanistan dan Pakistan mencecah lebih US $3 trillion. Pembiayaan begitu banyak  ini diperolehi dari negara-negara dunia luar melalui tawaran pembelian bond US.

3- OK! Apa bersangkut paut dengan kita semua, saya dan saudara –saudara pembaca? Kita peduli apa? Biar Amerika hancur?

4- Ini yang menariknya! Tun menerus menyatakan lagi bahawa Malaysia turut juga membeli bond-bond dari Amerika sebagai pelaburan. Secara langsungnya Malaysia turut memberi pinjaman kepada kerajaan Amerika. Bagaimana dibeli, jenis bond, institusi mana yang terlibat dan berapa jumlah yang dibeli tertakluk kepada selidikan lanjut. Biasanya ia tidak akan terlepas dari Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera  (LTAT), ASN, EPF, PNB dan banyak lagi konsortium bank-bank. Bank Negara sudah semestinya terlibat.

5- Dari rumusan diatas, tahu kah saudara-saudara bahawa kita secara langsung turut terlibat membiayai peperangan di Iraq, Afghanistan dan Pakistan?  ‘Kita’ membawa maksud penulis, pembaca dan tuan-tuan turut terlibat didalam kematian di negara-negara Islam. Kita turut memberi sumbangan kepada Amerika untuk membuli negara-negara Islam yang lain didunia.

6- Mungkin saudara tertanya-tanya bagaimana Pas-Pkr-Dap?  Mereka mungkin menyumbang lebih dari kita semua kerana penglibatan mereka turut merangkumi doa-doa dan sembahyang hajat supaya pemimpin kerajaan Islam Timur Tengah tumbang dengan bantuan dan propanganda Amerika.

7- Setelah kucar-kacir dengan pembunuhan tidak terkawal oleh kuncu-kuncu Amerika, maka kita hari ini menepuk dahi tanda menyesal kerana turut berdoa supaya regim Islam dihancurkan. Bukan sahaja berdoa, malah turut menyumbang dana. Amerika menjadi polis dan  pembuli dunia hasil sumbangan dan doa kita.

8- Aduhai ..!! Ini kes berat.

9- Tujuan article ini ialah sebagai pengetahuan untuk renungan semata-mata.

Ikuti article Tun di CheDet disini >

3 comments:

  1. Salam perjuangan. Saya telah link blog tuan ke blog saya. Harap dapat follow & link juga blog saya ke blog tuan. Terima kasih.
    Demi perjuangan alif ba ta
    http://keris7lok.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Maknanya sume bersalah dan lebih xguna lagi kerajaan bn yg terang2 tolong usa dalam perkara ni..moga sume yg terlibat secara terangan atau sengaja masuk neraka paling dalam..dan yg xsengaja diampunkan allah..

    ReplyDelete