Multiple Pages

12/08/2011

Kes Bulu SimplySiti. Tidak Semua Produk Ada Sijil Halal Jakim.

Oleh : HHalem.

Sebelum ini berita mengenai berus bulu babi telah digunakan didalam produk SimplySiti heboh di perkatakan di sini>. Ramai yang tertunggu-tunggu apakah berita selanjutnya.

Ekoran dari isu tersebut pihak SimplySiti telah mengirim kenyataan rasmi yang diterima dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM Menyatakan :-

...start...

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhatihati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

...end...

HHalem –
1- Statement di atas tersebar luas di sawang tetapi punca belum diketemui asalnya.

2- Dari statement item 2, jelas lah sebelum ini memang ada berus bulu babi di kawasan proses dan telah di samak. Memang ujud seperti yang dilapurkan Jakim dan di hebahkan oleh sazuya.blogspot.com (telah tutup) melalui surat photocopy, tetapi perbezaan nya ialah tempat pengunaan berus tersebut tidak diketahui.

3- Memang cukup bagus Internet sekarang kerana boleh melakukan pelbagai pendedahan. Bayangkan tahun-tahun 40an ke 70an, tiada siapa yang akan mengetahui ia nya berlaku. Didalam kes SimplySiti, sesawang internet dedahkan dan anda buktikan anda dipihak yang tidak bersalah. Check and balance.

4- Sekarang kita tunggu lihat Lampiran A seperti item 4. Apa kah produk-produknya yang telah disahkan Halal?

5- Satu lagi penemuan baru iaitu,

“TIDAK SEMUA PRODUK SIMPLYSITI ADA PENGESAHAN HALAL JAKIM”


2 comments:

  1. konfius aku kejap ... mana tak nye, tajuk hampir mcm " BULU SIMPUL SITI ADA PENGESAHAN JAKIM ".

    ReplyDelete
  2. Berus cat rumah pun ada tanda HALAL !!

    ReplyDelete