Oleh : HHalem.
1- Pertuduhan keatas memiliki dadah paling
kontrovasi sekali terpaksa dibatalkan kerana pihak pendakwaraya gagal
membuktikan elemen pemilikan dadah berkenaan di dalam kawalan dan penjagaan serta
dalam pengetahuan kesemua tertuduh. Mereka terdiri daripada;
a- Hemy Hamisa,
28
b- Kamarul
Hamri (suami Hemy)
c- Azman Mohd Nor,
32,
d- Salman Al
Mujahid, 27
e- Juan Caesan
Mohamad, 32,
"Mahkamah juga berpendapat pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan terperinci terhadap semua
tertuduh, termasuk tidak memeriksa Hemy Hamisa ketika serbuan, sekali gus
mewujudkan kelompongan," – Hakim Nor Afidah
2- Susulan cerita berasingan daripada diatas ,
pada 29 Ogos 2006, suri rumah Hemy memfailkan saman dengan menamakan Mohd
Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel), yang didakwa membuat rakaman
video ketika dia sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian, dan kerajaan
selaku responden.
Hemy menuntut ganti rugi am berjumlah lebih
RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh
mahkamah daripada kerajaan. Beliau berjaya dan kes diselesai di luar mahkamah.
No comments:
Post a Comment