Multiple Pages

24/08/2011

Khir Toyo ‘Penyapu’ Beri Amaran Keras Kepada Menteri. Siapa kah Menteri itu?

Oleh : HHalem.

1- Khir Toyo sedang didalam perbicaraan untuk membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

2- Kini Khir naik berang apabila terdapat 3 sahabat beliau bertaraf Menteri Kabinet mengadu domba bahawa untuk BN akan mampu menawan kembali Selangor dari Pakatan ialah dengan menyumbat Khir Toyo kedalam penjara. Siapa kah 3 individu yang beliau iktirafkan sebagai ‘sahabat’ itu?

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,”

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan” – Khir Toyol >

3- Bekas MB Selangor ini, nama manja atau timangan beliau ialah Khir Penyapu, seolah-olah lupa apa yang beliau telah lakukan dan ia menjadi salah satu punca utama rakyat Selangor membenci beliau dan turut membenci Umno ialah kerana sikap beliau yang tidak tahu adat dan menyerah penyapu kepada salah seorang pegawai beliau supaya ‘shake up or ship out’

4- Bahana dan badi dari isu Khir Penyapu itu telah berlarutan sehingga ke PRU 12, dan Umno menerima padahnya dengan tewas di Selangor.

5- Khir tidak sedar bahawa bukan setakat 3 orang Menteri sahaja menyeru beliau dipenjarakan, malah seluruh rakyat Malaysia bersetuju bahawa Khir Penyapu membawa aura dan gelombang negatif kepada nama Umno di Selangor. Beliau adalah kudis yang mesti dihapuskan sama sekali.

6- Jika kemenangan perbicaraan Khir Penyapu nanti, hanya diatas sebab teknikal, ia tidak akan membalut luka hati rakyat Selangor yang telah diguris Khir. Seperti kes rasuah Datuk Kuris Semenyih> dimana beliau terang-terang menerima rasuah tetapi dibebaskan dan didapati tidak bersalah hanya kerana kesilapan teknikal. Ia memberi gambaran cukup buruk terhadap kerajaan BN dan sistem kehakiman.

7- Jika kes Khir Penyapu berulang seperti kes Datuk Kuris, bermakna kemungkinan besar Pakatan akan tetap memerintah Selangor kerana aura Khir Penyapu lebih kuat terpahat dihati rakyat dari aura Khalid Majlis Syura.

3 comments:

  1. Kalau duduk dalam bagi dia tugas sebagai tukang sapu. Tentu ramai yang setuju.

    ReplyDelete
  2. Sapa lagi menteri yg pernah kena tangkap ketika jd timb menteri KDN bersama beberapa PATI cina montel2 di sebuah hotel di Subang Jaya, tetapi paksa satu agensi d Johor buat kenyataan yg beliau ada dijohor ketika kejadian..ha..ha..Dato' ajis rahim plak jadi guard kat parking cuba nak settle ketika diserbu Jais. Menteri tu tuduh Khir Toyo, Khir Toyo plak kini tuduh menteri tu plak nak perjatuhkannya lepas kejadian tu. Yg dikatakan melayu pecah belah tu ialah kumpulan penyokong puak2 ni la. Melayu lain takdak pa..pa..Timb. Menteri Dalam Negeri boleh biki apa saja, jual warganegara tu perkara mudah la...

    ReplyDelete
  3. memang elok dibagi penyapu, penjawat awam boleh plak main golf waktu kerja ...

    ReplyDelete