Oleh : HHalem.
Peluru Yang Mudin Terima - Ingatan Supaya Tegas.
1- Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin Hussein menerima ancaman bunuh melalui
nota tulisan tangan dan dua peluru yang dikirim dalam sebuah buku.
2- Buku berisi dua butir peluru itu diterima
menerusi perkhidmatan pos biasa dan ia dikesan ketika bungkusan tersebut dibuka
oleh seorang kerani pegawai khasnya kira-kira 2 petang tadi.
“Kedua-dua peluru turut diiringi nota tulisan tangan
dalam Bahasa Melaysia mengugut saya” - Hishammuddin
3- Rumit juga hendak diketahui motif bakal
pembunuh ini kerana Hisham ini agak lembik kecuali beliau kelihatan garang dan
penuh dengan amaran-amaran beliau yang tidak pernah dilaksanakan. Berbeza
dengan Karpal Singh yang pernah menerima peluru, malah Ambiga dan KJ pernah juga
menerima sms ungutan.
4- Dua peluru didalam buku mungkin sebagai pelembut
hati kerana beliau diingatkan supaya tidak mudah meluluskan tangkapan ISA dan darurat.
5- Mungkin juga 2 biji peluru itu sebagai
pengeras hati dan mengugut si Mudin supaya tegas dan jadi anak jantan sikit dan tangkap
saja puak-puak Bersih 3.0 nanti, jangan asyik kasi amaran sahaja.
Hisham ini agak lembik kecuali beliau kelihatan garang dan penuh dengan amaran-amaran beliau yang tidak pernah dilaksanakan. . . . . statement nie yg ramai rakyat perkatakan.
ReplyDeleteDua butir peluru?
ReplyDeleteHa ha ha...penuh makna yang sinis...
Mungkin maksud, Ada dua telur ke...!