Multiple Pages

16/08/2011

PANAS. Ummi Lafaz Sumpah:- Tiada Seks Dengan Baginda

Oleh : HHalem.

1- Ummi Hafilda melafazkan sumpah laknat dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda seperti yang didakwa oleh lelaki itu.

2- Sumpah dilafazkan di mahkamah Kuala Lumpur setelah memfailkan permohonan ingkar terhadap Baginda hari ini.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Saya buat sumpah ini di bulan Ramadan yang suci bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda Minda.

“Jika saya menipu, maka saya akan dilaknat,” katanya.

3- Ummi mengemukakan permohonan itu setelah Baginda gagal menghadirkan diri di mahkamah seperti yang disyaratkan pada 8 Ogos lalu. Malaysiakini, yang dinamakan oleh Ummi Hafilda sebagai defenden kedua, hadir apabila kes itu disebutkan.

“Kami telah failkan dokumen berkaitan ke atas dirinya termasuk mengiklan di Harian Metro tetapi dia (Baginda) gagal hadirkan diri,”
-         Mohd Khairul Peguam Ummni.

4- Pada 25 April, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

5- Dalam saman ke 2 Ummi berkata Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi. Ia bertujuan untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

6- Mkini Dotcom Sdn Bhd pula disaman kerana telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

7- Ummi menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

Sumber utama Mkini

8 comments:

  1. saja nak tanya. baginda minda ni bukan ke yang murtad tu? yang anak dia bawa sosej babi ke sekolah dan dirotan. selidik punya selidik dapat tahu dia ni dah murtad. saja tanya untuk dapatkan kepastian. ada sesiapa nak komen?

    ReplyDelete
  2. Kalau macam tu beri bukti pemeriksaan doktor yang die ni masih dara lagi. Kalau takat sumpah-sumpit. sume orang boleh buat.

    Buat pemeriksaan doktor yang menunjukkan yang die ni masih dara.

    ReplyDelete
  3. semua orang boleh sumpah kecuali anwar ibrahim

    ReplyDelete
  4. apa nak sumpah2, siapa yg percaya. three stooges pun tak caya. cubalah cek kat sepital ade ke tidak dara tu. kalau tak berani ramai abg2 yg boleh tolong cekkan.

    ReplyDelete
  5. Anon 16/08/2011 14:15 Bodoh lah kau ni dia bersumpah tak main dengan Baginda yang nak cek sampai hospital buat apa. Kau tu patut cek takut-takut bontot kau dah kena kebas oleh Al-Juburi.

    ReplyDelete
  6. hafizahmad....bukan semua berani sumpah laknat.Salah sorang yang paling popular DS anwar.Sumpat besa tu semua boleh.Ni sumpah laknat weh.Dia sumpah seperti pa yang didakwa dek Baginda Minda.

    ReplyDelete
  7. korang percaya ke dengan golongan murtad macam baginda minda ni? kalau jawapannya ya. sahlah korang mempertahankan golongan murtad yang kalau kita ikut sejarah islam dulu khalifah syaidina abu bakar as-siddiq tentang habis-habisan. sekarang korang pula pertahankan habis-habisan. dunia dah nak akhir zaman sangat dah ni. bertaubatlah wahai umat!

    ReplyDelete