Oleh : HHalem.
Y. Bhg. S.S. Dato' Haji Hassan Bin Haji Ahmad
Mufti Negeri Pulau Pinang, Tingkat 45, KOMTAR.
1- Sebelum ini pada Part 1 disini>, kita
melihat bagaimana keputusan Majlis Fatwa PP lebih mirip kepada keputusan yang
akur terhadap pemerintah Dap Lim Guan Eng yang kemudiannya digunakan
dalil-dalil Al-Quran untuk mengesahkan tindakan tidak popular beliau.
2- Kita juga disajikan bagaimana YB Malik
Kassim berpura-pura terkejut beruk Kebun Bunga apabila beliau menyatakan yang
beliau tidak mengetahui fatwa tersebut walaupun secara tidak rasmi. Di sini>.
3- Berdasarkan surat dan maklumat yang di
perolehi dari blog MIM di sini>, kita boleh katakan bahawa Fatwa Mufti PP
belum lagi diperkenankan oleh YDP Agong dan belum boleh di Wartakan, maka
pengumuman nya belum lagi sah dari segi procedure. Lihat tatacara pembuatan
Fatwa Seksyen 48.
4- Jika sehingga 21 Ogos 2011, YB Malik Kassim
belum mengetahui Fatwa terbaru secara rasmi, maka ini bermaksud YDP Agong belum
lagi menerima syor dan belum memperkenan fatwa seperti item 3 dalam tatacara. Ia masih lagi diperingkat
persediaan untuk dihantar kepada YDP Agong.
5- Belum terlambat lagi untuk YDP Agong tidak
memperkenankan fatwa tersebut dan mengelakkan nya daripada di wartakan dan dilaksanakan secara menyeluruh.
6- Jika YDP Agong memperkenankan nya juga, maka
ia boleh juga diterima pakai dilain-lain negeri di seluruh Malaysia kerana
fatwa tersebut tiada beza maksudnya disetiap negeri.
No comments:
Post a Comment