Multiple Pages

03/08/2011

Sesi Bantai JPN & SPR Petang Ini. Parah Jika Mismah Ini Tidak Ujud Langsong.

Oleh : HHalem.

1- Berdasar penemuan oleh Malaysiakini kes Mismah, maka Komunis DAP mengambil kesempatan dan peluang keemasan ini untuk mengesahkan lagi dakwaan bahawa Barisan Nasional BN mendaftar pekerja-pekerja asing dan pemastautin tetap sebagai pengundi menjelang PRU 13 nanti.

2- Pakatan Rakyat di kepalai Tony Pua, akan mengadakan sidang media petang ini, kononnya untuk membuat pendedahan terbuka, seolah-olah ia belum lagi diketahui umum.

3- Apa yang ingin didedahkan ialah kad pengenalan berwarna merah MyPR Mismah yang tiada berbin atau berbinti, dimana ia bertukar dari taraf ‘Pemastautin Tetap’ ke taraf  ‘Rakyat Malaysia’ berwarna biru, di dalam sekelip mata sahaja pada 02 Ogos semalam.

Lihat MyPR berwarna merah di ambil dari website JPN
pada 11.30,  02 Ogos 2011.


Dalam sekelip mata pada hari yang sama, jam 3.00 petang,  ia telah bertukar menjadi MyKad berwarna biru sebagai Kerakyatan Malaysia.

4- Pada laman web SPR ini pula diperolehi oleh Malaysiakini;

Ini rekod pada hari ini yang diperiksa.


5- Untuk kesalahan diatas, pihak SPR, TS Abdul Aziz Yusof telah tampil memberi penerangan bahawa ia mungkin berpunca dari kesilapan akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,”TS Abdul Aziz SMS kepada Malaysiakini.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis),"

6- Itu mungkin kesilapan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan mereka perlu tampil memberi penerangan dengan segera, supaya persepsi rakyat tidak dimanipulasikan . Yang menjadi bahan cacian ialah Umno-BN. Bagaimana pula penerangan dari SPR, dari sekejap ada dan sekejap tiada,  seperti yang diperolehi dari laman web mereka.

7- Berapa lama isu ini akan diriuh rendahkan oleh Pakatan Rakyat, kita sama-sama lihat. Bagaimana pihak JPN dan SPR menandatangani isu ini kita lihat rentak tarian masing-masing.

8- Tetapi yang sudah pasti JPN tergopah-gapah menukar MyPR kepada MyKad si Mismah didalam sekelip mata. Kerosakan dan pertukaran persepsi secara besar-besaran minda rakyat sedang berlaku dengan sikap cuai JPN ini.

9- Ia akan lebih parah lagi jika Mismah ini tidak ujud secara fizikal.




‘Bulan pose ni, aku tak larat nak kasi amaran kat ko orang semua. Lantak ko orang lerrr, tak kuasa aku’




1 comment:

  1. Puak2 pembangkang pun ramai kat dalam JPN ni dan tak mustahil diorang sendiri yg buat. Baik cari balik sapa yg buat silap dan buat siasatan terperinci sbb macamana Mkini bleh dapat info secara live unless ada org dalam yg jadi kaki...

    ReplyDelete