Oleh : HHalem.
1- Di seluruh negara, 266 laporan polis telah dibuat terhadap Mat Sabu Komunis.
2- Pihak polis Pulau Pinang telah selesai membuat lapuran dan ia telah dihantar ke Bukit Aman untuk dipanjangkan kepada Pejabat Pendakwa Raya. Maka akan bermula lah satu lagi episod dimana Pendakwa raya akan menghantar pulang kembali lapuran ke Bukit Aman untuk dilengkapkan semula kerana tidak kemas dan tidak cukup fakta. Ia akan berulang alik ke hulu ke hilir seperti biasa, seperti kes video seks Anwar Ibrahim, seolah-olah pihak polis tidak cekap membuat lapuran mengikut kehendak Pendakwa Raya.
3- Kita berharap Pendakwa Raya mempunyai kes untuk membawa Mat Sabu Komunis kemuka pengadilan dan dihukum kerana mengemparkan masyarakat. Ini kerana Kerajaan Johor telah membuat kata putus bahawa Mat Indera adalah pengkhianat negara dan membantu komunis sebagai rujukan rasmi.>
4- Tetapi pada kebiasaannya, seperti yang lepas-lepas, ia tidak akan diambil apa-apa tindakan langsung. Diam begitu sahaja.
5- Ini merupakan satu kecelakan yang amat besar kerana pihak Pendakwaraya hanya berfungsi sebagai mengabui mata hati rakyat yang menanti. Mat Sabu akan terlepas begitu sahaja dan lapuran dibuat seolah-olah hanya untuk meredakan suasana marah rakyat dan mempermainkan sentiment. Cukup celaka sekali.
....Ikuti lapuran Bernama dibawah....
GEORGE TOWN: Polis menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.
Katanya, polis mengambil keterangan daripada Timbalan Presiden PAS, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, itu pada Ahad lalu.
"Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Beliau berkata, Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.
Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu diterima di seluruh negara, kata Ayub.
Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dipetik sebagai berkata, pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga Pengerusi DAP, Karpal Singh.
- Bernama
mat sabun akan di dakwa? KAH KAH KAH!!! sakit perut aku ketawa siakkkk. brader tu kalau setakat 266 repot polis...ciputttt jer
ReplyDeleteBersih 2.0 ada 4000+ repot...SENYAPPPPPPP jer
kah kah kah
kah kah KAH
KAH KAH KAH KAH (sambung ketawa kah kah kah)
Anon 09:11
ReplyDeleteAku tumpang gelak .... KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAHAK
Tolonglah Pihak Pendakwaraya bertindak tegas untuk pertama kalinya yg melibatkan pemimpin yg merosakkan kepercayaan rakyat dan menghasut untuk menghuru harakan negara. kalau rasa tak berupaya nak tunaikan amanah yg diberikan silalah letak jawatan, biarlah orang lain yg lebih berintegriti laksanakan tugas tersebut.
ReplyDelete