Oleh: HHalem.
"Rosmah Bukan Mak Angkat, Tapi Kawan Baik."
1- Jho Low semasa program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 25 September 2011; telah dilapurkan oleh Kwong Wah Yit Poh pada 26 September, muka surat A5, bahawa hubungan beliau dengan Rosmah hanyalah sebagai kawan baik.
“Rosmah bukan 'mak angkat' saya. Beliau adalah kawan baik saya,"
"Anak Rosmah adalah rakan saya ketika menuntut di Britain. Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya mengenali Perdana Menteri. Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM."
Sebenarnya Jho Loo tidak perlu pun menjadi ‘anak angkat’ Rosmah. Menjadi ‘kawan baik’ Rosmah dah cukup power, apa lagi mau.
Jho Low berkata beliau mampu membawa ramai pelabur dari Timur Tengah ke Malaysia kerana beliau mengenali ramai "putera" di negara yang berlainan, termasuk Abu Dhabi, Kuwait, Saudi Arab dan sebagainya.
2- Pada tahun 2009, dilapurkan oleh New York Post bahawa Taek Jho Low membelanjakan RM 170 ribu ke RM 205 ribu setiap hari. Oleh itu timbul spekulasi bahawa beliau adalah proksi Rosmah atau anak Rosmah berikutan kemampuan graduan Wharton Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun.
“At chic 27th Street hangout Pink Elephant, Low routinely spends $50,000 to $60,000, according to the club's owner, David Sarner” – NYPost>
3- Setahun yang lalu banyak kisah-kisah muncul dengan begitu panas sekali tentang penglibatan Jho Low didalam pengambilalihan Cahaya Mata Serawak Bhd oleh pelabur dari Timur Tengah dan penglibatan anak Taib Mahmud.
4- Lebih panas apabila Jho Low menglibatkan diri dengan Paris Hilton dan celeberiti Hollywood.
dia ada bakat dan kalau bakat itu disalurkan untuk kepentingan negara ada juga baiknya tetapi kalau disalurkan untuk kepentingan individu atau puak makanya tak perlulah cerita tentangnya dijadikan berita nasional.
ReplyDelete