Multiple Pages

21/09/2011

Hudud: Tun Mahathir Hentam Pok Nick Kaw-Kaw. Pok Nick Tersedak Mampus.


Oleh: HHalem.

1- Pok Nicky, Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan pernah berkata individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Dr Mahathir dan bukan pengerusi DAP Karpal Singh.

2- Pok Nicky senantiasa menyalahkan Tun Mahathir didalam bab ini untuk menutup kelemahan pentadbiran beliau sendiri. Ini mencerminkan perangai Pok Nicky seolah-olah budak kecik yang suka merengek-rengek.

"Akhirat kelak kalau Allah tanya kenapa tidak laksana hudud
saya kata tanya Tun Dr Mahathir"

3- Feed up dan dengan begitu berhati-hati seperti seorang negarawan ulung, Tun Mahathir membelasah Pok Nicky kembali. Ikuti kata-kata Tun seperti berikut semasa syarahan perdana Za’ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI di Tanjung Malim hari ini.;

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud)”

“Pi la tanya Najib kot dia nak bagi..ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya.. kononnya pasai saya...(maka Pas) tak dapat laksana hukum hudud ”

 “Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (HIV). Ini dia tidak kawal, (bermakna) dia tidak ajar agama betul”

“Kalau kawal betul, orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids..ini dia (Nik Aziz) tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia hendak salahkan saya ”
-      Kata Dr Mahathir
Pok Nicky Insaf dan Menyesal

4- Dengan hentaman berdetum-detum yang begitu menusuk kalbu, Pok Nicky sepatutnya akur dan mendengar nasihat dan cadangan Tun di atas. Pergi lah jumpa Najib dan laksanakan lah hukum hudud sepuas-puasnya  jika beliau bersungguh-sungguh sebagai Tok Guru Agama dan jujur tidak bermain politik. Lihat apa pula reaksi Najib, itu pun jika Najib hendak melayan kerenah Pok Nick.
"Anta Buat Pekak Badak Apa" 
"Lawan Sama Itu Mamak Sekarang Juga"
"Ini arahan Ana kepada Anta"

5- Tetapi kita sudah tahu jawapan Pok Nicky yang standard sebagai ayat pelepas diri dan penyedap hati apabila patah berhujah dengan Tun. Ayat yang memang tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana individu yang beragama Islam dan Melayu.

“Akirat nanti, biar lah Allah Ta’ala yang menentukan siapa benar dan siapa salah”

Tetapi usaha untuk melaksanakan hukum hudud, tidak juga dilakukan.

3 comments:

  1. bang, versi saya lebih lembut :) kesiaaaan dia.

    ReplyDelete
  2. Bang Din ada versi lain ka:-) hehehe

    Nanti sat nak baca.

    ReplyDelete
  3. Hudud Tiruan PAS sekadar memancing undi. Si Nik Aziz ni boleh dikatakan nak menongkat langit. Nak jadi MB sampai mampus agaknya...

    ReplyDelete