Oleh: HHalem.
1- Susulan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan (MPP), PAS melalui Pok Nick dan di susuli oleh Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim, sekali lagi membuat pembohongan kepada pengikut dan penganut mereka melalui kenyataan yang mengelirukan, akibat takut dengan Karpal.
2- Kedua-dua mereka menegaskan bahawa yang menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah Umno bukannya DAP.
Lihat pembohongan Pok Nick di petik dari facebook beliau, di bawah.
Lihat pula pembohongan Ketua Penerangan, Tuan Ibrahim seperti burung kakak tua, mengiyakan ketua mereak, di bawah.
“Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini” – Tuan Ibrahim
3- Lihat pula ugutan Chairman DAP Karpal sebaik sahaja selesai mensyuarat MPP yang beliau akan berterusan menentang segala cubaan melaksanakan hudud di Kelantan. Walaupun PAS berdegil beliau akan tetap menentang.
“From the very beginning, DAP has also made known its opposition against any attempts by PAS and others to turn the country into an Islamic state,”
“Let me make it very clear: hudud is not in line with the Federal Constitution and therefore it is unconstitutional,”
“You can’t have Islamic laws in a secular state; it’s as simple as that,” – Free Malaysia Today >
Karpal pointed out that the Supreme Court led by the then
Lord President Mohamed Salleh Abas had declared that the country was a secular
state in a landmark decision on a case in 1988.
4- Rata-rata pemimpin Pas telah gentar dengan Karpal. Kenapa mereka tidak pergi berdebat dan bercakaran dengan Karpal bersendirian. Jelas PAS tidak mampu dari segi perundangan. Apabila diherdik Karpal, PAS mencari Umno untuk bermuzakarah.
Bukti yang Pok Nick-Tuan Ibrahim gentar dan kecut dengan ugutan Karpal apabila Tuan Ibrahim berpatah arah dengan mengajak Umno bersama-sama bermuzakarah. Mengajak Umno, malah cuba mengheret YDP Agong, supaya menyokong mereka menentang Karpal. Ini semata-mata untuk menutup kelemahan dan ketidakmampuan PAS sendiri menentang pendirian Karpal. Ajak lah sahabat sebantal mereka bermuzakarah dari segi perundangan.
“Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti bagi mewakili Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja, Umno mewakili parti pemerintah dan PAS sebagai parti yang mendesak agar undang- undang ini dilaksanakan” – HarakahDaily >
5- Jika penganut PAS faham bahasa Karpal, rata-ratanya tidak mahu faham, mereka akan tahu bahawa Pok Nick dan Tuan Ibrahim menipu mereka dengan kata-kata yang mengelirukan.
:-) Meh Sama-sama berjuang dan meng-linkan:-)
ReplyDeletePAS - Parti Ajaran Sesat lagi menyesatkan.
ReplyDeleteApabila tidak dapat menentang Karpal Singh. Mula salahkan UMNO. Kenapa tidak salahkan DAP yang menjadi duri dalam daging Pakatan.
Ingatlah Allah swt maha adil. Sekali tipu dua kali putaq boleh lepas tiga kali kelentong 27 juta rakyat Malaysia dah tahu.
Ingatlah kerana UMNO hangpa boleh dok lilit serban di kepala.
Kesana, kesini tak perlu pakai cawat.
Boleh dok fitnah sana sini dalam Internet, FB dan Twit teknologi yang dibangunkan oleh UMNO.
Itu tak termasuk pembangunan yang hangpa dok maki dulu. Putra Jaya hangpa dah meleleh air lioq sekarang, Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan P.Pinang nak lagi satu semua yang orang buat serba tak kena.
Hangpa dalam Pakatan buat apa. Buat tempat berniaga Tok Guru habis pelingkup orang Melayu.
Kerajaan hangpa bukan setakat rasuah tapi menyamun pasir, meroboh kediaman orang, rompak tanah orang susah, buat kondo mahal-mahal, peruntukkan kerajaan pusat bagi buat jalan, mana hangpa pi boh.
Tebang habis balak sampai Orang Asli susah nak hidup. Itu lagi zalim !
Banyak lagi kami sebagai rakyat, dok tengok kezaliman hangpa. Jangan dok perbodohkan kami.
Kami ulangi, sekali tipu dua kali putaq boleh lepas tiga kali kelentong 27 juta rakyat Malaysia dah tau.
Hangpa terlalu riak sebab hangpa dok baca Harakah dan Media pro hangpa saja.
Hangpa tau tak berjuta lagi rakyat dapat maklumat yang lebih sahih dan berwibawa dari media yang hangpa semua boikot.
Sebab tu lah hangpa dok syok sendiri.
Melalak sana melalak sini. Makin hari makin orang dok menjauhi, hangpa tak sedar ka ?
Hangpa = Hang Apa = Hang Apa Semua
ReplyDelete