Multiple Pages

29/09/2011

Keputusan Mesyuarat MPP: Rumusan “Gi Mampus Dengan Hudud PAS”


Oleh: HHalem.
Pok Nick Nangis Sendirian Lagi.

1- Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) semalam, akhirnya melihat PKR dan PAS

a- bersetuju untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud,
b- akur dengan bantahan keras dari DAP. 
c- gagal mencapai muafakat untuk laksana Hudud PAS.

Ayat akur dengan kehendak DAP disusun begitu rupa supaya ia nampak lembut dan seolah-olah permuafakatan yang tinggi dipamirkan oleh mereka bertiga. Ini untuk mengabui mata penganut dan pentaksub mereka.

Ketidakhadiran Pok Nick sudah cukup menunjukan bahawa kedudukan Pakatan amat runcing dimana teks pendirian Pok Nick hanya dibaca oleh Exco Takiyuddin Hassan.

DS Hadi Awang tersengeh-sengeh tidak memperjuangkan kehendak Pok Nick, sambil diawasi seperti singa oleh Karpal dan Kitsiang. 


2- Mari kita lihat ayat-ayat cantik yang susun begitu rupa tetapi membawa maksud, ‘gi mampus dengan Hudud Pas’.

a- MPP memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

b- MPP memperakui dan menghormati perbedaan ideologi, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

c- MPP memperakui dan menghormati kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003> iaitu Pakatan Rakyat belum dilahirkan lagi.

d- MPP memperakui dan menghormati pendirian oleh DAP.

Dengar tu baik-baik, “mempertahankan Dasar Bersama dan Buku Jingga”. Bermakna PAS terjerut dengan perjanjian syaitan yang kaku dan tidak boleh bergerak.

Di waktu yang sama bersetuju dengan Umno-BN untuk akur dengan Perlembagaan.

Semua keputusan MPP hanya ‘memperakui dan menghormati PAS dan DAP’, dan tiada perkataan PKR.

Ia membawa maksud PKR neutral, ke kiri boleh dan ke kanan boleh. Tak lupa depan boleh dan belakang pun boleh.

Poosing kiri, poosing kanan Pkr-Pas dan rakyat kena tipu hidup-hidup dengan DAP Komunis.

Anwar pula cuba tipu Dap-Pas. Selagi Anwar belum ke Bamboo River SPA, maka Anwar tetap berpihak kepada Bengali Putih Karpal.

Pok Nick pula demam tak kebah dan berterusan sakithati dengan Karpal dan Anwar. Di yakini Pok Nick akan berterusan seperti orang tua-tua-bantah.

Kalau Pok Nick hadir, memang Pakatan konpom hancur lebur.
...........................................
Kenyataan media bersama yang dibacakan:

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini seperti mana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat di samping menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak UMNO-Barisan Nasional untuk memecah-belahkan kesatuan Pakatan Rakyat.  Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihan Raya Umum (PRU ke-13) ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh UMNO-BN, dengan berpandukan prinsip;

Keadilan Sejagat (Natural Justice),
Pentadbiran yang baik (Good Governance),
Kebertanggungjawaban (Accountability),
Ketelusan (Transparency),
Kompetensi (Competency) bagi mencapai
Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang

1 comment:

  1. Pas duk buta lagi duk ikut telunjuk depa..lupa depa komunis

    ReplyDelete