Oleh: HHalem.
1- Ke mana sahaja Zaid Ibrahim pergi, tidak akan lama, beliau akan membuat kecoh dan hal, seperti mana beliau berada didalam Umno dan Pkr sebelum ini. Sekarang ini Zahid menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), yang mana nama asalnya ialah Parti Keadilan Malaysia. Kehancuran menanti Zaid Ibrahim.
2- Kali ini Zaid sebagai Presiden Kita, telah mengantung Muhammad Firdaus Christopher sebagai ahli jawatankuasa eksekutif. Abd Latif A Tambi pula dibuang daripada jawatannya sebagai setiausaha pusat parti.
Manakala Setiausaha Kerja KITA, Masrum Dayat pula dikatakan bukan ahli parti, tetapi sedang memandai-mandai dan bermaharajalela didalam KITA sekarang.
3- Firdaus mengkritik cara pentadbiran Zaid sebagai diktator yang memerintah seperti pejabat guaman beliau secara sendirian. KITA dikatakan mempunyai masalah kewangan yang amat runcing, lalu elaun bulanan Firdaus diberhentikan. Di atas sebab itu pula maka Firdaus pun dikatakan dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.
“Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid, sudah tidak yakin dengan beliau...Saya sedia untuk membayar apa sahaja kos selagi kebenaran didedahkan dan akan terus berjuang untuk mengetengahkan tentang salah laku ketidakadilan dan sikap diktator seorang pemimpin” – Muhd Firdaus dicucuk MInsider.
4- Firdaus pula manusia yang sanggup ‘menerima apa sahaja kos’ bukannya ‘membayar apa sahaja kos’ untuk menjaga periuk nasi beliau didalam KITA.
5- Apa sahaja yang disentuh oleh Zaid akan menjadi bubur atau cacamarba dan kita yakin beliau pun tidak akan lama menerajui KITA sebelum beliau mencari host baru seperti seorang parasite.
6- Apa sahaja Parti yang bersangkutpaut dengan nama ‘Keadilan’ akan membawa kecelakaan kepada rakyat.
Jual kat PAS. PASpun dah ketandusan pemimpin.
ReplyDeleteAssalam Bro
ReplyDeleteMasalahnya bila manusia suka menganggap diri mereka hebat seperti I'm the Boss... orang lain kena dengar cakap dia jangan komen... nampak pulak macam ketua komunis... serba tak kena... sekali lagi pandang dah macam syarikat dia pulak... Bubar aje... buat apa disokong parti yang tidak punya haluan yang jelas...
Tuan TIS:-)
ReplyDeleteBila Zaid mula pakai ketayap putih,itu lah pertandanya.
Maka Anwar akan mula lah meraung-raung.
Bro Ajai:-)
ReplyDeleteHow yr two beautiful kids doing?
Mesalahnya Zaid ni masuk KITA dgn harapan untuk 'memperbadankan KITA' atau 'incorporated KITA'
Tu la silap mentaliti Zaid, dia tersilap baca buku.
Dia konpius antara Management 'Top-Bottom' dan 'Bottom-Top'.
Dia pun mcm Anwar juga, Pengurusan Kaedah "Depan-Belakang".
Bro, send my regards to yrs family.:-)
Parti Kita dalam proses pemutihan dari virus2 yang tidak membawa kebaikkan pada parti apatah lagi kepada Masyarakat. Parti KITA bukanlah tempat untuk menimba emas atau mencari publisiti murahan. Mana2 parti pun mesti berkehendakkan kepimpinan yang ikhlas berjuang untuk rakyat. Takkan disebabkan tidak lagi menerima elaun maka terus parti dilabel sebagai muflis?, berusaha keras mensabotaj Parti dengan memburuk2kan Ketua Parti yang pernah berjasa membayar gaji buta pada beliau selama berbulan2..tanya pada diri sendiri, sepanjang memegang potfolio sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat dan menerima elaun setaraf pegawai bank, berapa ramai ahli yang telah dibawa masuk oleh beliau dan berapa banyak cawangan negeri yang berjaya di buka?.. Dato' Zaid sanggup membelanjakan wang dari poket sendiri sebanyak hampir 20 ribu sebulan untuk badut2 ini.. takkan terima gaji untuk kerja2 twitt atau ber FB saja.. Parti KITA mempunyai kewangan yang selesa untuk menghadapi PRU 13 tapi bukan untuk membayar gaji buta pada badut2 ini.
ReplyDeleteTuan Anon 05:47:-)
ReplyDeleteNicely put and a good touch.
Welldone, Tuan.
Jika betul Zaid belanjakan 20k sebulan, ia perkara yg menakjubkan. A very rare occurance to a man of his kind.