Multiple Pages

07/09/2011

KOMPLOT BESAR:- Khalid Samad Menyerang Balas Hassan Ali. Komplot Melibatkan JAIS, MAIS, Peguam Negara Untuk Jatuhkan MB Khalid Gagap.


Oleh : HHalem.
Tektik Menyerang Balas Hassan Ali Cukup Hebat.

1- Untuk menarik perhatian daripada kes dakwaan JAIS terhadap beliau dan akan dibicarakan, Khalid Samad telah mendakwa ada pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam NGO untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Khalid menuduh ia diusahakan ekoran kes Gereja Methodist Damansara Utama DUMC dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

2- Khalid Samad, juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar. Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi dari PAS yang turut serta ” – blog Khalid “Coret Minggu Pertama Syawal”.

“Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN ”- Khalid kepada MInsider
Hassan Ali Di Serang Khalid Samad - Beliau Terlibat?

3- Tuduhan Khalid Samad dilihat semata-mata sebagai dendam kesumat mendalam beliau terhadap Hassan Ali yang mengawasi JAIS. Beliau terus mengheret Umno-BN dan Istana bersama-sama sebagai peluru terakhir beliau untuk menjatuhkan Hassan Ali sebelum dibicarakan.

4- Tuduhan Khalid amat berat kerana beliau melibatkan MAIS yang berjawap terus dengan Baginda Sultan dan juga tuduhan terhadap Pejabat Peguam Negara. Khalid Samad akan teruk berhadapan dengan Pejabat Peguam dan Istana selepas ini kerana tuduhan tidak berasas. Ia lebih teruk dari kes Mat Sabu Komunis.

5- Jika betul tuduhan Khalid Samad, memang patut Khalid Ibrahim dilucutkan  jawatan beliau sebagai MB Selangor kerana tergagap-gagap, terhenjot-henjot dan terkehel-kehel menguruskan pentadbiran Selangor.

1 comment:

  1. Ya Allah di bulan Syawal ini ,perkenan kan doa umat Mukmineen yang kasihkan Islam,bantu lah kami jatuh kan kuasa kuasa kufur,kembalikan insan insan ke pangkuan Islam mereka mereka yang di pertedaya olih tekan tekanan kafir, wa lau karihal kaafiruun.
    Amin.
    arjuna waspada.
    changkat lobak

    ReplyDelete