Multiple Pages

09/09/2011

MAIS:- Khalid Samad Kena Haram Lagi Di Masjid Seluruh Selangor.


Oleh : HHalem.

1- Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menolak rayuan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk mendapatkan tauliah selaras dengan perkenan Sultan Selangor yang tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau negeri itu. Rayuan Khalid berhubung penarikan tauliah beliau ditolak pada mesyuarat Jawatankuasa Tauliah Mais yang bersidang 23 Jun lalu.

“Mais dengan ini mengingatkan dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor supaya tidak menjemput membenarkan atau memberikan peluang kepada YB Khalid dan mana-mana ahli politik untuk memberikan ceramah mengajar tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah Mais yang masih berkuat kuasa ”
-         Pengerusi Mais Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

2- Akta yang digunapakai ialah;

“Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 menyatakan mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RN3 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya ”. – Pengerusi Mais.

“Ilmu agama yang disampaikan oleh penceramah yang tidak bertauliah akan menimbulkan keresahan dan kekeliruan di kalangan umat Islam. Disebabkan itu Jais menetapkan syarat penceramah perlu mendapat tauliah ”
-         Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim), Othman Mustapha kepada Bernama.

3- Di Selangor, penguatkuasaan dilakukan oleh JAIS.

4- Itu tindakan kepada penceramah, apa pula tindakan kepada nazir masjid dan Pengerusi surau? Alasan biasa yang diberi oleh Pengerusi surau yang pro-Pas ialah kami tidak tahu samaada penceramah bertauliah atau tidak. Adakah ustaz perlu menunjuk kad kuasa sebesar mykad atau surat yang masih sah laku sebesar A4 size kepada Pengerusi surau setiap kali beliau datang untuk berceramah.

5- Sistem kuatkuasa yang berkesan adalah perlu untuk membendung keengkaran penceramah Pas. 

4 comments:

  1. Aku cadangkan kepada JAIS dan MAIS, iklankan nama penceramah yang bertauliah di Selangor dalam HARAMKAH DAILY. Jadi nanti dia orang tak ade alasan lagi.

    ReplyDelete
  2. ada masjid yang Mais/Jais tak boleh Haramkan yg dia takde kuasa, biasalah yg dia selalu pergi tu

    ReplyDelete
  3. Apa susah YB.. pegi lah mintak tauliah.. Kalau diri tu layak mesti takdak masalah punya.. Pasal tak layak lar tak dapat tauliah...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah kat MASJID dan SURAU si Cayleed Samade dah tak boleh ceramah, pergi jer lah ke GEREJA, CHAPEL dan CATHEDRAL..nama pun Khalid Gereja. Apa bising2?

    ReplyDelete