Oleh : HHalem.
Fikiran Mat Sabu Berjaya Di Doktrinkan Komunis DAP.
1- Mat Sabu berhempas pulas cuba menempis sikap beliau yang menyokong komunis secara terang-terangan dengan mengulas tragedi Bukit Kepong. Sikap membangkang dan menyokong apa sahaja yang berlawanan dengan Umno-BN akhirnya membawa masalah dan memakan diri beliau sendiri.
2- Dengan mengitirafkan komunis dan sikap Mat Sabu, maka tersuluhlah bahawa Pas diperingkat paling tertinggi telah berjaya didoktrinkan oleh Komunis DAP didalam sekelip mata. Fahaman Komunis berjaya diserapi kedalam parti Pas dengan begitu meluas dan mudah sekali.
3- Perkembangan terkini didalam Pas membuat Dap sendiri terkejut dan tersentak dengan akuan terbuka Mat Sabu. Terkejut kerana fahaman komunis Dap menyerap dengan begitu cepat dan tidak disangka-sangka kedalam Pas. Ini membuat Karpal Singh gelabah kerana selama ini Dap berjaya melindungi sikap fahaman Komunis mereka kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Dap tidak mahu image kotor mereka dipamirkan begitu ketara sekali iaitu bahawa mereka telah berjaya mencucuk hidung Pas.
4- Untuk itu Karpal meminta Mat Sabu menarik balik dan meminta maaf terhadap kenyataan yang beliau keluarkan disini>. Ini adalah semata-mata untuk memperbaiki kerosakan yang teruk kerana PRU 13 dah hampir tiba, dan Karpal tidak mahu mengambil risiko yang tinggi dengan membiarkan Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang celupar. Risikonya amat besar dan mungkin membuat Dap hilang sokongan orang-orang Pas sendiri.
5- Sikap Karpal ini membuat Mat Sabu amat tidak puas hati dan akan bersemuka dengan beliau untuk meminta penjelasan mainan politik kotor Karpal.
...Ikuti soaljawab SinarHarian dengan Mat Sabu...pandangan Mat Sabu yang boleh memesong minda penganut-penganut PBB ahli Pas....
Karpal Sentiasa Awasi PAS Dengan Mudah Tanpa Bergerak.
SinarHarian: Boleh tuan ulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menggesa tuan menarik balik kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong?
Mat Sabu: Bagi saya itu, kebebasan seseorang memberi pandangan. Saya akan bertemu dengan beliau untuk bertukar fikiran.
SinarHarian: Tidakkah itu nanti akan menyebabkan wujudkan perpecahan dalam PR?
Mat Sabu: Saya fikir tak ada masalah. Sudah banyak kali ada perbezaan pandangan, boleh diselesaikan.
SinarHarian: Bila pertemuan tersebut?
Mat Sabu: Bergantung kepada masa, saya tidak akan tetapkan tarikh tetapi cuba dapatkan minggu ini.
SinarHarian: Maknanya tuan tidak akan tarik balik kenyataan sebelum ini?
Mat Sabu: Kenyataan apa? Itu kenyataan media, saya tidak tahu kenyataan apa.
SinarHarian: Bagaimana dengan kenyataan yang mendakwa Muhamad Indera sebagai hero?
Mat Sabu: Mat Indera memang pejuang kemerdekaan, ia dicatatkan dalam sebuah akhbar 13 Disember 2010 dengan menyebut beliau adalah pejuang kemerdekaan. Umno amat takut kisah perjuangan sebenar. Itu yang mereka panik dan gusar, kisah perjuangan sejarah yang sebenar.
SinarHarian: Apa kisah yang sebenar tuan maksudkan?
Mat Sabu: Hari ini kita menyambut kemerdekaan seolah-olah menyambut perayaan Umno. Sebab itu rakyat tidak menyertai. Seratus kereta nak dapat satu bendera pun susah. Kalau ada bendera pun lori yang bawa pasir atau tanah muatan lebih, barangkali nak elak dari pada polis atau JPJ. Kalau nak diletakkan Tuanku Abd Rahman dan Datuk Onn Jaafar sebagai pejuang kemerdekaan, itu okey tetapi bariskan tokoh-tokoh yang lain, (Dr) Burhanudin, Ibrahim Yakob dan lain-lain. Saya pasti rakyat akan terpanggil untuk menyambut kemerdekaan, sekarang kemerdekaan 31, Ogos dijuruskan kemerdekaan untuk Umno.
SinarHarian: Apakah tuan mengiktiraf perjuangan Tunku Abd Rahman dan Datuk Onn?
Mat Sabu: Ya, kalau mereka nak senaraikan tetapi tokoh lain tak ada langsung. Tok janggut jauh sekali, rakyat semakin celik dan merasai perayaan merdeka seolah-olah tidak ada kena mengena dengan rakyat. Ini sambutan makin dingin tidak seperti sambutan 60-an.
SinarHarian: Apakah Pas Pusat akan membincangkan isu ini?
Mat Sabu: Kami belum adakan mesyuarat, dan Pas pusat tidak merasakan perkara ini perlu disegerakan. Sebenarnya saya sudah memberi ceramah ini bertahun-tahun, tetapi isu ini cuba dipusingkan kerana masalah besar negara ini adalah masalah keyakinan rakyat, contohnya terbongkarnya daftar pemilih yang akhirnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia bertemu dengan Bersih. Dunia menyaksikan pengakuan bekas tentera membuat pendedahan mereka membuat penipuan ribuan penduduk dalam pilihan raya. Ini semua membuatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan serba salah dan panik, maka ditimbulkan isu komunis supaya orang bincang hal ini sedangkan ia perkara mitos dan fantasi dan bukan berfakta,
SinarHarian: Tuan sudah dipanggil polis untuk ambil keterangan?
Mat Sabu: Belum ditetapkan tarikh dan saya akan beri kerjasama, Cuma saya diberitahu disiasat di bawah seksyen 505, (Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan).
SinarHarian: Tuan tetap bertegas dengan kenyataan sebelum ini?
Mat Sabu: Mat Indera adalah pejuang. Polis jangan panik, sebelum 31 Ogos, waktu itu kerajaan adalah British, selepas 31 Ogos baru kerajaan Malaya merdeka. Ini fakta. Jangan kita menganggap selepas 31 Ogos kita ada kerajaan yang sama. Tidak, bendera lain, lagu lain. Jadi kita perlu beza.
SinarHarian: Maknanya anggota keselamatan yang mati dalam tragedi Bukit Kepong itu tiada jasa kepada negara?
Mat Sabu: Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing, sebab di situ ada bendera Union Jack.
SinarHarian: Tafsiran tuan?
Mat Sabu: Tafsiran saya, mereka bekerja dengan British dan polis bila-bila pun terkorban, dikorban, berkorban kerana mereka mengikut dasar pemerintah pada waktu itu. Saya simpati, mungkin mereka saudara kita, kita simpati. Tetapi sejauh mana kita simpati? Tragedi Memali, kerakusan pemerintah menyebabkan polis terkorban yang tidak terkorban adalah penguasa itu, yang menguasai pasukan keselamatan.
SinarHarian: Maksudnya, tuan mengesahkan yang meninggal itu tidak berjasa kepada negara?
Mat Sabu: Itu serah kepada saudara untuk mentafsirkan, saya tidak mahu membuat tafsiran seumpama itu. Apa yang jelas Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan. Jadi (macam mana) tafsiran sokongan Macam Tok Janggut, Mat Kilau mereka ini menentang pemerintahan British.
SinarHarian: Tuan hanya menambahkan kekeliruan?
Mat Sabu: Saya tidak menjadikan ia keliru tetapi akhbar yang cuba mengelirukan. Senang saja, lepas merdeka pemerintahan merdeka, sebelum pemerintahan Bristish. Apa yang bermasalah yang menentang British disebut pemberontak, yang menyokong Jepun selalu disebut tali barut. Kenapa? Sepatutnya yang menyokong British juga adalah tali barut, pegawai- pegawai kerajaan yang dilatih di bawah Britsih ada yang integritinya hebat ada yang dikekalkan sehingga mereka perkhidmatan di kerajaan merdeka dan khidmat mereka cukup cemerlang. Antaranya Tan Sri Ahmad Nordin, Tan Sri Arshad Ayub, Tan Sri Haron Hasyim, Tun Saleh Abbas, ini orang yang dilatih di pentadbiran British tetapi pemimpin yang berwibawa, bila mereka pengkianat kerajaan merdeka, bukan semua yang berkhidmat dengan Bristish itu adalah sampah dan tidak berguna, memang terpelihara integriti dalam kerajaan merdeka.
SinarHarian: Kenapa baru sekarang isu ini dibangkitkan?
Mat Sabu: Isu ini bukan dibangkitkan sempena kemerdekaan sahaja, ia dibangkitkan setiap tahun iaitu sambut merdeka di Malaysia ini salah. Di Indonesia hampir setiap rumah orang letak bendera, sebab di orang merasakan itu kemerdekaan dia. Di Malaysia seolah-olah Umno yang merayakan kemerdekaan, kerana tidak melibatkan pejuang kemerdekaan sebenar. Ini yang nampak makin hari makin hambar, banyak lagi perkara-perkara yang terdedah dalam teknologi baru. Kerajaan kena jawab, misalnya lagu Negaraku, itu lagu Terang Bulan, dan Terang Bulan diambil dari lagu Perancis, kita dengar muzik itu, kerajaan kena terang… Indonesia menjadikan lagu ini sebagai ejekan kepada Malaysia, kerajaan kena jawab… Sekarang (ada kaum) Tionghua, kata (lagu) 'Negarakuku', akhirnya kerajaan tidak boleh buat apa, lepas tu bagi projek kepada dia sekarang.
SinarHarian: Tidakkah tuan merasakan isu ini boleh menyebabkan Pas kehilangan undi?
Mat Sabu: Tidak, saya tidak merasakan kita akan kehilangan undi, malah menambah undi. Itu hanya pendedahan media. Mereka boleh menampak penerangan balas, kita buat penerangan balas. (sebelum ini) isu lebih dahsyat lagi, isu Tok Guru kata Tuhan samseng dan sebagainya.. yang dibuat media tanpa disiar ucapan penuh. Cuma isu ini dipanjangkan dan isu ini tidak akan reda kita tidak tahu mungkin sehingga pilihan raya, rakyat semakin cari maklumat, anak muda sekarang ini mula menyebut, hidup Mat Indera, saya terkejut, mereka tak dengar ucapan saya, tetapi tengok blog dan Internet… ini rakyat semakin celik.
SinarHarian: Berbalik kepada isu Mat Indera? Adakah Rasyid Maidin turut dianggap sebagai pejuang?
Mat Sabu: Ya, sebelum merdeka mereka lawan penjajah, selepas merdeka kalau mereka akan terus akan senjata itu saya tidak setuju.. sebelum merdeka mereka lawan British, kalau selepas merdeka serta menerima dasar demokrasi, maka terus angkat senjata mereka menentang British. Itu saya tidak setuju
SinarHarian: Pandangan tuan selepas 54 tahun Malaysia merdeka?
Mat Sabu: Saya sifatkan belum merdeka , tiada kebebasan media, saya diserang tujuh hari tujuh malam, apa salahnya beri rancangan setengah jam untuk saya bercakap, media serang termasuk di malam raya, dijangka tidak berlaku peribadi, saya rasa etika kewartawanan tidak ada, saya kesal ini berlaku, tak pa la kecam saya, tetapi beri ruang untuk menjawab, beri saya membuat penjelasan dan kita buat pertimbangan, ini rakyat tidak boleh buat pendengaran.
SinarHarian: Tuan setuju berdebat dengan mereka yang mengkritik?
Mat Sabu: Kita sedia bertemu, bukan berdebat, lebih sedap berbincang, dalam soal kemerdekaan dan sejarah, sebabnya banyak khazanah tetapi banyak berada di Eropah bukan di negara kita
dia sendiripun dh pening. makan putar belit sendiri. mat sabu..mat sabu. layaknya jd mat sabun, bertapa dlm bilik air je...
ReplyDelete..Mat Sabu = Mat Sabun = Mat Sapu = Mat Shabu = Mat 3/4 ....Ketua Rejimen 121 PKM...
ReplyDeleteMat Sabu ne betul2 dah wayar syot, cuma ISA saja tempat yang bolih meredakan ketegangngan & keserabutan peringkat kronik pemikiran dia, dikhuatiri penyakit gila ne akan mudah merebak kepada ahli Pas, yang diketahui sememangnya cukup meminati perkara2 yang gila, pelik & songsang, conthnya tidur atas jalan menghalang kenderaan Sultan Perak dahulu.
ReplyDeleteKecian ngan Mat Babun nie kan...baru sekarang nak hebohkan tentang pejuang negara.Jadi yang dia sokong sangat komunis tu ape citer..? Jgn nak pancing undi Cina pejuang bangsa sendiri sanggup dilupakan.Tpi takpe la,org mcm Mat Babun nie memang muka tak tau malu...nak cari publisiti murahan saja..namun yang penting Babun nie telah menyebabkan kami generasi baru dapat mengenali pemimpin haprak dan tak berguna kepada negara ini telah menampakkan tahap tertiggi kebodohanya.TAHNIAH kepada Parti PAS dan rakan2 PR kerana memiliki Pemimpin Babun nie.Semoga tak berjaya ke Putrajaya.Selamat Hari Raya dan salam Kemerdekaan...
ReplyDeleteCakap aje beso, jumpa Karpal terus gagap.
ReplyDeleteDia ni layak mendapat award PELAWAK terhebat 2011. Siapa nak bagi?. Memang screw loose, entah apa-apa dia merapu dan meracau macam orang demam panas, sampai dia sendiri pun tak tahu apa yang dia dah cakap. Bila orang tanya dia kata bukan dia yang cakap tapi media yang cakap. perrrrghhhh... Pergi lah berubat dengan pawang Mat Sabu ooi....Oh ya, UGAMA APA ko ni Mat Sabu?
ReplyDeletekalau dah dari awal suka memaki hamun, kepala otak pun jadi tak betul. Allah SWT Maha Kaya, segala kegilaan mat syabu dah diketahui..gila mencarut, gila berceramah sepanjang hayat, gila bersembang sampai tak ingat apa yg dia gebang...orang mcm ni betuila apa pengikut setia dia anak10 kata..mat sabu ni kalau direbus tak empok, dibakar tak hangus..sikap keras kepala tetap sebati hingga qada' & qadar Allah SWT pun dia sanggup nafikan!!!!
ReplyDelete