Oleh : HHalem.
1- Lebih 50 ahli Pas di daerah Padang Terap bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.
2- Mereka menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
3- Wakil mereka, Ismail Abdullah, 60, yang menjadi ahli Pas selama 35 tahun berkata, beliau bersama isteri serta 7 anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua Pas itu.
"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis,”
"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin Pas telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada UMNO untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara,” – Pak Mail kepada Bernama.
4- Ini golongan akar umbi. Jika umur dah senja 60an, satu keluarga dan Padang Terap pula tu; memang ini perkara serious. Bahang keceluparan Mat Sabu telah dirasai.
5- Jika Pas kalah teruk pada PRU13, maka Mat Sabu akan berpeluang masuk kedalam sejarah Pas bahawa beliau adalah bertanggung jawap penyebab puncanya Pas kalah.
6- Bersama-sama kita membantu usaha murni Mat Sabu Komunis kearah kejatuhan Pas. Mari kita berganding bahu bersama Mat Sabu menjatuhkan Pas.
Minta beliau timbulkan isu-isu bodoh dan menyakitkan hati orang kampung dan kita akan sambut dengan memberi kesedaran kepada penganut-penganut taksub Pas.
7- Kitsiang dan Karpal tengah kepeningan. Hendak cakap banyak takut disahkan mereka sebagai ahli komunis Malaya yang masih aktif. Lebih baik mereka berdiam diri kerana isu ini melawan sejarah dunia bukannya melawan Umno seorang sahaja. Langkah bijak. Yang bodoh-piang nya Pas bergelut disebabkan Mat Sabu.
Salam HHalem,
ReplyDeleteDi tempat saya pun, nampak ada 'swing' terutama golongan tua yang hidup zaman darurat.
Mereka mungkin tua, tapi berupaya memberi pengaruh besar kepada undi PAS dan PR sebab berupaya menarik anak isteri serta cucu menongkah arus yang selama ini menyokong PAS.
Tuan Brahim:-)
ReplyDeleteItu lah dinamakan 'old swinger':-)
Yg tua-tua pernah tempuh darurat.
Yg muda-muda ni masih seronok, sbb negara kita aman.