Multiple Pages

05/09/2011

Mengapa Mat Sabu Menghalalkan Komunis Malaya?


Oleh : HHalem.
Gaya Provokatif Mat Sabu Memeningkan Pas dan Dap.
Norma Alwi diheret bersama untuk memperbaiki 
image ‘penyakit buahasir’ Mat Sabu.

1- Pergerakan Pemuda Umno melalui Khairy Jamaluddin telah mengumumkan program ‘Pentas Patriot’ jelajah negara untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu. Mat Sabu memutar bahawa Komunis yang menentang British untuk menakluk Malaya secara kekerasaan dan bersenjata adalah pejuang kemerdekaan sebenarnya dan pegawai British seperti Datuk Onn dan Tengku Abdul Rahman yang berjuang secara keamanan adalah pembelot dan pengkhianat negera pada hakikatnya.

2- Ketika itu Mat Sabu tidak dapat membezakan fahaman Komunis dari China yang dibawa oleh Mao Zedong (Tze Tung)> dan fahaman Komunis Rusia oleh Stalin> dan Lenin>.


Ketiga-tiga mereka menghidupkan revolusi besar-besaran dunia secara bersenjata menentang pemerintah atas dasar kemiskinan rakyat ketika itu. Fahaman tersebut telah dibawa pula oleh Parti Komunis Malaya untuk menjatuhkan kerajaan British melalui dan idealogi dari Beijing.

3- Jadi tidak hairanlah jika Pas-Pkr-Dap menyokong Komunis Malaya sebagai hero kemerdekaan kerana memang mereka gemarkan revolusi, tidak kira samada revolusi itu dibawa oleh fahaman Komunis yang bertentangan dengan ajaran Islam atau tidak. Mana kan tidaknya, kerana Pas telah menghalalkan segala-galanya sekarang untuk menjatuhkan Umno hatta berkawan dengan iblis-syaitan sekali pun. Inikan pula perkara sekecil fahaman komunis. Cuma yang Pas takut sekarang ialah mengangkat senjata kerana mereka tiada kekuatan dan takut dengan ISA dan Akta Darurat. Jika Pas menghalalkan pejuang Komunis Malaya bermakna Pas menghalalkan revolusi bersenjata dan menghalalkan pembunuhan.

4- Sebelum ini Pas tergila-gilakan revolusi ala-ala Timur Tengah untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia sekarang dengan menganjurkan rusuhan Bersih 2.0, tetapi tidak kecapaian.

5- Kaedah revolusi ala-ala Timur Tengah dan kaedah revolusi komunis China/Rusia yang dibawa oleh Parti Komunis Malaya, adalah amat berbeza sekali seperti langit dengan bumi. Tetapi kedua-duanya bermatlamat menjatuhkan kerajaan secara kekerasan dan bersenjata dan bukan nya kaedah di ‘peti undi’.

6- Jika penganut-penganut Pas atau ‘puak-puak Hijau’ (kata seorang pengomen dari Kedah), ini tidak dapat membezakan fikiran pemimpin Pas yang telah ‘Gila Talak dengan Putrajaya’, maka Pas telah rosak dan akan ditolak mentah-mentah oleh orang-orang Melayu Islam pada PRU 13 nanti.

Ini yang membuat DAP Komunis bertambah risau sekarang, kerana rahsia fahaman komunis Dap menyerap masuk kedalam Pas telah terdedah luas angkara Mat Sabu.

7- Pas sedang mencari jalan keluar dengan pantas, setelah terjerat dan tercekik leher angkara Mat Sabu, telah mencabar Umno untuk berdebat pula. 
Orang yang mudah melatah dan melompat apabila mendengar perkataan ‘debat’ dan pantang diajak berdebat ialah Khairy Jamaluddin. Dengan ‘Pentas Patriot’,  Khairy telah memberi umpan yang ditunggu-tunggu Pas .

1 comment:

  1. Bagus gak tu KJ bertindak macam tu. Rakyat pun nak dengar juga hujah KJ mewakili Pemuda UMNO. Selama ini semua Pemimpin UMNO macam tidak ada telor dan dayus senyap seribu bahasa bila ada isu-isu panas yang dibangkitkan oleh pihak Pembangkang.
    KJ adalah Ketua Pemuda UMNO dan PSTD maka dua jawatan tu memang patut dia berdebat dengan puak-puak Komunis tu.
    Nak harap kan Menteri KDN jangan haraplah asyik AMARAN!! AMARAN!!
    Rayat bawahan terutama golongan muda dah mula termakan apa yang dikatakan oleh Pembangkang.

    ReplyDelete