Oleh: HHalem.
1- Pakatan Rakyat bertindak hari ini seolah-olah mereka sudah memerintah Malaysia dengan menuntut pelbagai syarat daripada DS Najib.
2- PR meletak 5 syarat dan menuntut beberapa perkara jika Najib berkehendakan mereka menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Pembaharuan Pilihanraya.
3- Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berkata 5 syarat itu ialah;
Pertama 1– Lapan tuntutan Bersih 2.0 dan SPR Suruhanjaya Pilihan Raya perlu melaksanakan segera.
Kedua 2- Tarikh pilihan raya umum ke-13 dibuat secara muafakat antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam erti kata lain pembubaran Parlimen mesti dapat persetujuan dan kata sepakat antara BN dan Pakatan Rakyat.
Ketiga 3- Sekiranya persetujuan di atas disepakati, Jawatankuasa Pilihan Khas mesti diberi ruang untuk mengkaji cadangan.
Keempat 4- Jawatankuasa ini perlu memasukkan isu pemberian kerakyatan warga asing sebagai terma rujukan.
Kelima 5- Segala cadangan jawatankuasa hendaklah ditunaikan oleh pihak kerajaan bukan hanya beri cadangan kemudian tidak tahu ke mana pergi cadangan itu.
4- Pas bermimpi disianghari dan berangan-angan seolah-olah mereka dah menang PRU 13 dan ingin menjadi kuasa penentu segala-galanya. Yang anihnya dengan pihak DAP, Pas akan hanya akur dan tunduk menikus.
5- Atau adakah Pas ingin berkongsi kuasa dengan BN, tetapi tidak tahu bagaimana hendak melakukan approach yang betul.
ok lagi tu.Jangan sampai dia minta sokong komunis sudahlah.bahaya kita semua.
ReplyDeleteKah..kah..kah...
ReplyDeleteNikah dengan DAP, tidur dengan PKR tapi nak main dengan BN.....suku sakat Mat Sabun!!!
Berikan betis nak kan peha, berikan peha nanti depa nak pungkoq pula, itulah Pas seperti kadok naik junjung, sepatutnya DS Najib x perlu layan dari mula kerenah puak2 ini, niat Najib baik tetapi tengoklah hasilnya apabila kita layan puak2 x sedar diri ini, aleh2 kita yang dipaksa mengikut telunjuk mereka.
ReplyDelete