Multiple Pages

24/09/2011

Pergaduhan PAS-DAP Runching. Karpal “Pok Nick Nyayok”.


Oleh: HHalem.

1- Pergaduhan Pok Nick dengan Karpal Singh mencapai kemuncak apabila Karpal Singh hari ini memberi jawapan terhadap sikap Pok Nick semalam yang melenting-lenting tidak tentu arah dengan Karpal. Semalam Pok Nick mencerca DAP dengan berkata seperti berikut;

“Sekarang dia masuk balik... itu dia (DAP) punya pasal lah (jika dia mahu keluar Pakatan) ”  - Pok Nick.

Dengan lain perkataan ringkas, Pok Nick mengherdik Karpal bahawa, “DAP Gi Mampus”


2- Karpal bertindak balas dan mengingatkan Pok Nick bahawa sikap beliau yang sudah lupa, berubah-ubah dan susah difahami; di mana sebelum ini telah membuat resolusi di muktamar Pas bahawa perjuangan negara Islam akan di abaikan tetapi sebaliknya memperjuangkan negara kebajikan.

"I am surprised at Nik Aziz's use of such provocative language, saying DAP could choose to leave the opposition grouping if it objected to Pas' plan to set up an Islamic state and unnecessarily alluding to Pas' experience in parting ways with DAP in the 1990s over the same issue.”

3- Karpal juga terkejut dengan bahasa kesat yang digunakan oleh Pok Nick dan beliau mengkritik pedas dengan sikap Pok Nick yang seolah-olah memberi peluang atau peluru kepada BN untuk menghentam Pakatan pada PRU13 nanti.

"It is difficult to understand why Nik Aziz is unnecessarily supplying cannon fodder to Barisan Nasional with a general election in the offing. I would have thought the issue related to Islamic state had been laid to rest irrevocably with the resolution adopted by the Pas muktamar this year”

4- Yang pedihnya Karpal berkata kepada Pok Nick bahawa, “he should not take leave of his senses,".

“It is difficult to understand how Nik Aziz could have forgotten that resolution in such a short period. He should not take leave of his senses," .

Ini cukup pedas kerana Pok Nick dikatakan “hilang daya dan kuasa untuk berfikir (The normal ability to think or reason soundly)”

Dengan ringkasnya, “Pok Nick orang tua nyayok”

5- Karpal terus memberi contoh bahawa pada 1998, mahkamah tertinggi Malaysia yaitu Supreme Court telah membuat keputusan muktamad bahawa Malaysia diperintah dibawah undang-undang sekular.

Ia dibuat oleh Lord President, Tun Mohamed Salleh Abas bersama 5-ahli, walaupun Tun Dr Mahathir masih mempertahankan bahawa Malaysia adalah negara Islam.

"I have said many a time, and now repeat, that provisions in the Federal Constitution militate against the country being an Islamic state."
-        Karpal Singh dipetik NStraitTime>

6- Nampak gayanya payah lah Pas hendak buat Hukum Hudud di Kelantan kerana Karpal sudah sebut resolusi muktamar Pas dan keputusan Mahkamah Agong sebagai contoh precedence perundangan.

Gagah juga kali ini, mesti Karpal bawa masuk mahkamah.

1 comment: