Oleh: HHalem.
Pendirian Anwar, PKR
1- Sebelum ini kita telah lihat bagaimana Anwar telah mendedahkan U-turn beliau dan kedudukan PKR. Secara langsung beliau telah mendedahkan isi kandungan mesyuarat tergempar Pakatan sebelum Rabu ini, 28 September. Jelas, Anwar berpihak kepada Karpal didalam menentang hukum hudud di Kelantan. Kita faham sebabnya. Di sini >
Pendirian Pok Nick , PAS
2- Pihak PAS pula atau lebih kepada pendirian Pok Nick juga jelas didalam hal ini, dimana beliau diberitakan tidak akan hadir pada Rabu ini. Alasan nya kesihatan tidak mengizinkan. Pendirian Kelantan tegas.
Pok Nick berkata kerajaan negeri itu sedang menggubal Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud).
"Usaha kami ialah mahu memasukkan enakmen hudud ini dalam Mahkamah Syariah Kelantan dan kami orang politik mahu membawa usaha ini ke arah itu (sehingga terlaksana)”
"Apabila siap ia boleh dijadikan panduan oleh hakim-hakim (Mahkamah Syariah) dan hakim ini tahu bagaimana melaksanakannya. Hukum hudud ini sebenarnya tidak zalim kerana ia lebih berbentuk pengajaran dan berperikemanusiaan,"
- Pok Nick merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2011 di pekarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV.
Kita faham kenapa Pok Nick bertegas juga
hendakan hudud disebabkan beliau berasa malu dengan Najib yang menunaikan janji
untuk melihat semula ISA apabila memegang jawatan pada 3 April 2009. Berapa
tahun Pok Nick memerintah Kelantan? Beliau tidak mampu mengkotakan janji dengan
hanya memberi alasan apabila di akirat kelak dengan menyalahkan Tun Mahathir.
Pendirian Karpal/Kitsiang/Guan Eng, DAP Komunis
3- Pandangan DAP Komunis diperkukuhkan lagi dengan ugutan terkini Lim Guan Eng bahawa mereka akan meletak jawatan beramai-ramai kerana Hukum Hudud tidak pernah dimasukkan ke dalam polisi bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga (Orange Book), dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda pembangkang itu.
“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan (dari DAP),”
"Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,"
– Guan Eng.
Kata lainnya, jika Pakatan Rakyat mahukan Hudud, pemimpin DAP tidak akan keluar dari gabungan, sebaliknya meletak jawatan beramai-ramai dari memimpin DAP.
4- Keputusan mesyuarat tergempar sebelum Rabu telah diketahui terlebih awal. Datang Rabu ini, ia hanya di endorse sebagai rasmi sahaja.
Jika Pok Nick berkeras, itu yang kita mahu, maka Pakatan akan berkecamuk sebelum PRU 13. Ini memberi hikmah yang baik kepada Umno-BN.
Mengenai hudud dilaksanakan di Kelantan, kita lihat sejauh mana Kelantan ingin mencuba sebagai negeri pioneer dan sanggup menjadi negeri-ujikaji.
Apakah kesan dari segi perundangan dan kesan terhadap kemasyarakatan sosio-budaya kita.
Sanggupkah anda melihat pergolakan dalam Malaysia disebabkan kaedah perlaksanaan hudud yang bercanggah dengan Perlembagaan, jika pun ia berlaku?
Tuan,
ReplyDeleteMengikut congak kawan le, hudud ni akan terbeku lagi. Ini kerana Hadi Awang mungkin akan atau telah dijinakkan.
Mesyuarat mereka bukanlah mesyuarat tergempar, tetapi saja buat gempaq dengan bermesyuarat. Masing-masing semua dalam keadaan telan pahit, dibuang sayang.
Dah nampak BN akan menag semula, bolehlah pemimpin BN mulakan langkah songlap menyonglap semula.
ReplyDeleteAs-Salam Tuan Hhalem,
ReplyDeleteKepada Pakatan Haram ( PKR, DAP & PAS ) saya ucapkan Selamat Maju Jaya, all the best to you guys. May the force be with you....
ARK2
Sebenarnya Pas sudah tahu tembelang Dap, ada ura2 Dap untuk menjadikan Lim Guan Eng Perdana Menteri China pertama diMalaysia, ini yang menguriskan hati Pas, jadi diatas kesedaran tersebut bagi mengelak dari yang dikejar x dapat & yang dikendong x berkeciciran (pemerintahan diKelantan) isu Hudud terpaksa dimainkan semula untuk menarik semula sokongan Melayu Islam yang dilihat semakin jauh dari Pas kerana pemimpin Pas terlalu jadi pak turut & sanggup jadi kuda tunggangan Dap. Walaubagaimana sekali pun kita bersyukur kepada Tuhan, keributan dlm pakatan akan memberikan sinar perpaduan antara sesama Melayu Pas & Umno.
ReplyDeleteTuan TIS & Tuan ARK2:-)
ReplyDeleteBegitu lah nampak gayanya. Telan lekat tulang, luah gelema.
Harap Kelantan tunjuk contoh baik, then we belasah them as we go along.
Tak berjaya pun, kita belasah.
Berjaya pun kita belasah juga, 'cause that is what we are.
Bloggin-on-the-road. Keep-rocking.