Multiple Pages

24/09/2011

Rampasan Kuasa Oleh Muammar Di Malaysia. GANAS.


Oleh: HHalem.

1- Akramshah Muammar Ubaidah Sanusi (AM Ubaidah S) mengisytiharkan mengambil alih pentadbiran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) daripada bekas menteri Tan Sri Abdul Hamid Albar.


2- AM Ubaidah memaklum pengambilalihan pentadbiran itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pemimpin veteran MAYC dan hasil interaksinya dengan bekas presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

"Mereka berpendapat hanya pergerakan belia (boleh menggerakkan). Jika tidak bergerak, jadi bukan belialah. Kita ambil pengajaran itu, dan memutuskan untuk bergerak,"

Krisis kepimpinan MAYC berlarutan sejak setahun lalu apabila dua kumpulan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) sendiri bagi memilih pemimpin masing-masing.

Kumpulan Syed Hamid memilih Mustaffa Mat Arop sebagai presiden manakala sebuah lagi kumpulan memilih Akramshah.

Kedua-dua AGM itu bagaimanapun dibatalkan Pendaftar Pertubuhan Belia dan isu itu berlarutan sehingga dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan diadukan kepada perdana menteri.

3- Dalam sidang media di pejabat gabungan kelab belia itu hari ini, Akramshah berkata beliau sedia berdepan dengan kumpulan Abdul Hamid sekiranya tindakan mereka itu menimbulkan pertikaian.

Bagaimanapun, tambahnya, mereka juga masih boleh mempertikaikan usaha pentadbiran terdahulu untuk membantu belia yang lain.

"Jika mempertikaikan pergerakan kami, kami juga boleh mempertikaikan mereka,"

4- AM Ubaidah S. Iaitu anak kepada Sanusi Junid aktif berblog di Tangents: Restless Musings Of A Malay Mind di sini > .

Beliau merupakan Deputy President kepada Blog House Malaysia(BHM), di sini>

President  BHM ialah Syed Akbar Ali

Blog House Malaysia is a registered Association with the Registrar of Societies of Malaysia.

Just a thought.
How about rampasan kuasa dan ambil kalih ‘BHM’.
Pak Syed and Datuk Rocky Bru bettter watchout because Akram Ubaidah is lurking behind you.

Sumber utama Mkini.

No comments:

Post a Comment