Oleh : HHalem.
1- Kakak sulung Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Norlia, 53, hari ini menyuarakan kekecewaan beliau terhadap kecenderungan politik adiknya itu menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diminta mengulas pandangan beliau terhadap pendirian politik Azmin, Norlia menegaskan:
"Tiada kata-kata hendak saya ucapkan untuk Azmin, semoga Allah tunjukkan jalan yang benar kepada beliau."
2- Menurutnya, Azmin kini sudah 'berpatah arang' dengan adik-beradiknya yang lain terutama dirinya sendiri serta adik mereka, Ummi Hafilda yang merupakan saksi utama kes liwat Anwar pada 1997 lalu.
Katanya, ini terbukti apabila Azmin langsung tidak pulang ke rumah ibu mereka di Klang Gate dekat sini pada setiap kali sambutan Aidilfitri sejak 1997 terutama ketika adik-beradik beliau berada di rumah tersebut. Bagaimanapun, dia akan melawat ibu mereka ketika Norlia dan Ummi tiada di rumah berkenaan.
"Tetapi pada 2007, Azmin tiba-tiba muncul pada hari pertama Aidilfitri dan tahun ini juga dia muncul di Klang Gate (rumah ibu mereka) tetapi hanya meluangkan masa selama 15 minit tanpa mahu berbual-bual dengan kami adik- beradiknya sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama Ummi pada rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Seri Kembangan dekat sini hari ini.
3- Pergeseran antara Azmin, Ummi, Norlia dan adik-beradik mereka timbul pada 1997 apabila Ummi menghantar surat kepada Dr. Mahathir meminta bekas Perdana Menteri itu mengambil Azmin bekerja di bawah beliau daripada Anwar yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Norlia menambah, Azmin dalam satu mesyuarat keluarga pada tahun itu pernah mengakui Anwar merupakan abang kandungnya dan ia adalah sesuatu yang menguntungkan sekiranya dia berbaik dengan Anwar berbanding adik-beradiknya yang lain.
4- Dalam pada itu, Ummi memberitahu, Azmin perlu segera kembali ke 'pangkal jalan' dan tidak terus dibuai kemewahan yang dikecapi bersama pakatan pembangkang.
"Apakah ertinya Azmin menjadi Yang Berhormat dan orang nombor dua dalam sebuah parti politik di negara ini sedangkan dia langsung tidak mampu berbaik-baik dengan adik-beradiknya," jelas Norlia.
Sumber berita Utusan Online
Apa guna jadi wakil rakyat kalau wakil keluarga pun tak boleh buat. Bagaimana nak satukan rakyat seMalaysia kalau keluarga sendiri pun tak boleh satukan.
ReplyDelete