Multiple Pages

28/10/2011

5400 Janda-Janda Kesepian di Perlis Perlukan Perhatian Anda.


Oleh: HHalem.
Gambar dari UtaraNews

1- Cerita-cerita Janda ni cukup menarik, tak kira apa pun lah.

Kalau di Kelantan kita dengar ramai isteri-isteri yang kena HIV di sini>,
Di Perlis lain pulak ceritanya. Ini semua cerita-cerita bagi negeri yang bersempadankan dengan Thailand. Termasuk Kedah dan Pengkalan Hulu Perak.

Cukup baik untuk kajian kemasyarakatan untuk tesis Master dan Phd.
Penulis teringat pada satu masa bekas MB Shahidan Kassim pernah mempermudahkan untuk berpoligami di Perlis. Satu-satunya di Malaysia. Adakah ini kesan dari dasar dan polisi Shahidan Kassim yang punya angkara?

Kita yakin bahawa setiap jodoh itu ditangan dan penentuan dari Allah. Penulis pun yakin demikian dan sebagai tambahan penulis termasuk lagi didalam satu golongan ‘school-of-thought’ bahawa setiap perkara yang baik itu adalah dari Maha Esa dan setiap perkara buruk dan mungkar itu adalah buatan manusia itu sendiri.

Jadi persepsi anda bagaimana? Adakah kehadiran janda-janda ini sebagai persepsi baik didalam masyarakat atau pertanda-pertanda buruk dalam masyarakat?

...Berita dari UtaraNews >.......

KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.

Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik.

“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi”

“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam.

Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh.

Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.

Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.

Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.

11 comments:

  1. Wow ini good news buat jejaka kesepian yang cadang nak tambah lagi satu

    ReplyDelete
  2. Persepsi Baik:-) dari Tuan Sg Rapat.

    ReplyDelete
  3. Negeri dekat dengan sempadan bukahlah boleh dijadikan penyebab kepada berlukanya gejala penceraian yang menyebabkan berlaku seperti didalam cerita ini. Yang paling terinaya adalah pasangan yang mempunyai anak. Sekiranya berlaku pada perempuan yang menyayangi keluarganya sudah semestinyalah kemurungan dan ini tidak semestinya berterus dan selamanya. Keadaan ini memang akan dirasai bagi perempuan yang mungkin agak baik dan bagi perempuang atau bekas isteri yang memang selalu bersosial memang tidak merasai gejala kemurungan ini. Siapa pun tidak boleh dipersalahkan, maksudnya orang luar dan persekitaran, yang patut dipersalahkan adalah diri yang memjadi penyebab kepada penceraian samada lelaki atau perempuan. Dunia hari lelaki dan perempuan dah sama hebat, tak kurang juga perempuan yang jahat dan terlebih bersosial. Kembali dekatkan diri pada agama dan yang lelaki belajar menyayangi keluar dan jangan terlalu ikutkan nafsu sarakah..

    ReplyDelete
  4. Bab jodoh ne payah nak cakap, masa baru2 kahwin bini tersepak batu dijalan pun, marah pada JKR, bila lama sikit dah beranak pinak, mulalah bosan, mata dok melilau perembang yang sendat, bini dikatakan busuk, kentut sikit marahnya berjela-jela.Gejala perceraian ini penyebabnya 80% adalah dari pihak lelaki.

    ReplyDelete
  5. Ubat pembesa dan panjang lelaki (? $ )
    Ubat pembesa ayudara perempuan (?$)
    Ubat perapat lubang bawah perempuan (?$)
    Ubat tahan lama untuk lelaki (? $),










    batang lelaki(?$)
    Ubat pembesa payu dara(? $,)
    Ubat perapatvagina perempuan (? ? )

    ReplyDelete
  6. We have been with Datuk YIP KUM FOOK for a long time, since he and his family live near Taman Ehsan roundabout and I respect him because he is the chairperson of Taman Daya MCA there and works hard for our people in Kepong area, which makes people happy and the place is peaceful.

    In addition, he is a lawyer, many of our Chinese community look to him to solve the problems of some cases because at that time the MCA party had more power, so he could step into the parliament in Malaysia, he was very lucky to get such an opportunity, it was not easy

    Since he made a mistake about the removal of Buddhist monks from SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE and cheated Myanmar Buddhist monks of money (funds), his luck is slow down and then more people are gossiping on the internet and from that day (reason) until today he is your luck unbalanced because.. Anyone who disturbs Sangha who that people will fall into a hot hell forever…

    DATUK YIP KUM FOOK! You have been my friend for a long time, you had better return the title of Datuk to the Sultan of Selangor or any title of Datuk back to Sultan because that title is also useless, now many people know about you and your family...some people say about you, you are who is evil and deceives women and others

    From and shared by Mr (Uncle Lim, Taman Ehsan)
    Writing message by son

    ReplyDelete
  7. Anonymous said...
    DATUK YIP KUM FOOK sangat jahat kerana menggunakan polis dan gangster untuk menghalau sami Buddha keluar dari kuil, memaksa semua sami Buddha keluar dari kuil secepat mungkin, dll.

    Kemudian Sami Buddha perlu keluar dari Kuil kerana mereka atau pasukan DATUK YIP KUM FOOK kuat dan garang, beberapa sami perlu ke hotel untuk berehat, dan beberapa penganut membawa sami ke rumah mereka di Kepong Baru

    Kalau ada yang tak percayakan kami, sila hubungi Ah Wah, Selayang...Bob Tan, Ah Chuah, dll.... adalah saksi kejadian pada hari tersebut.

    Segala-galanya tidak akan dilupakan oleh penganut Buddha di Taman Desa Jaya, Kepong, dan kami akan menghantar maklumat ini kepada dunia Buddha(Buddhist) dan Dunia Buddha Sangha dan juga berkongsi di internet

    Oleh Yap, Taman Desa Jaya, Kepong
    Re- shared by Datuk Kim and Friends, Taman Desa Jaya…Kepong

    ReplyDelete