Multiple Pages

18/10/2011

Akta Murtad: Konvensyen Himpunan 1 Juta Umat. Koleksi Pelbagai Pandangan.


Oleh: HHalem.
Stadium Shah Alam

Objektif Dan Tema
1- Objektif himpunan itu adalah “mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.”

Tema “Selamatkan Akidah Umat “.

“Malah perhimpunan ini juga tiada kaitan dengan politik ia jauh daripada pengaruh politik ”
- Setiausaha Sekretariat Himpun Aminuddin Yahaya.

2- Ia akan diadakan di Stadium Shah Alam pada Sabtu 22 Oktober. Jam 2 petang ke 6 petang.

3- NGO yang dijemput dan sah hadir 29.  Pemuda PAS, Pemuda Umno dan Wanita Umno di jemput hadir.

4- Penceramah ialah;
a- TS Harussani Zakaria,
b- Pengerusi Penganjur Bersama Acara, Yusri Mohd  
c- Pengerusi Penganjur Bersama Acara , Mohd Azmi Abdul Hamid, merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia.

Senator Ezam Mohd Nor dan YB Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin ‘bukan antara penceramah yang disenaraikan’

“Zulkifli Nordin , Senator Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali  (parlimen Pasir Mas) tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN. Mereka juga tidak telibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan”

-      kata Mohd Azmi

Mufti Perak,TS Harussani Zakaria
5- Harussani ialah pencetus idea dan ilham yang mencadangkan pembentukan Undang-undang Anti-Murtad untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab menyebabkan umat Islam yang meninggalkan agama mereka. Ia adalah susulan daripada kes 12 individu Melayu yang murtad di DUMC. Penggubalan undang-undang itu adalah penting kerana gejala murtad ibarat virus yang menyerang umat Islam ketika ini.


Pesuruhjaya PAS Selangor,  Dr Abdul Rani Osman.
6- PAS Selangor memberi sokongan bersyarat dan hanya menyokong konvensyen Himpunan Sejuta Umat jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini. Dan tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

"(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," – Khalid Samad


Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
“Insya-Allah saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama (menyokong) terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak...Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua NGO Islam yang terlibat” – Ketua Pemuda PAS Nasrudin



Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.
“..cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri”
-      Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan PM, DS Jamil Khir Baharom.
7- Menurut Jamil Khir, untuk melaksanakan sesuatu akta berkaitan dengan agama Islam, ia harus dirujuk dahulu di peringkat negeri sebelum dibawa ke peringkat persekutuan kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan untuk diputuskan.

"Akta (Akta Murtad) ini perlu dirujuk terlebih dahulu di peringkat negeri... adakah akan dilaksanakan atau tidak ia bergantung kepada negeri tersebut,"


2 comments:

  1. Kena bawa kepala lembu dan pijak-pijak juga, ke?

    Ada pertunjukkan sex video tak? Duit poket berapa?

    ReplyDelete
  2. anon 14:01..ko ni dh kenape..cacat otak ke ape..

    ReplyDelete