Multiple Pages

10/10/2011

DS Najib Jadi Hero Selepas 4 Hari Sahaja Kerana Elaun.


Oleh: HHalem.

1- DS Najib cukup gentlemen kerana beliau berani berjanji untuk memberi kenaikan elaun kepada kesemua ahli Parlimen yang dibuat pada hari Jumaat 6 Oktober semasa Pembentangan Bajet 2012 yang lalu. Samada beliau berniat menunaikan janji-janji tersebut atau tidak, ia tidak akan dipersoalkan disini.

Hari ini, baru sahaja 4 hari, kita dikejutkan dengan pengumuman  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa elaun tersebut tidak akan dibayar atau janji semasa Bajet 2012 tempoh hari telah ditarik balik dan tidak akan ditunaikan.

Adakah DS Najib mungkir janji?

3- Berjanji akan memberi elaun dan kemudian sertamerta menarik balik janji tersebut merupakan langkah yang bijak pernah dibuat oleh DS Najib sebaik sahaja pembentangan Bajet 2012.

Ingat ! Janji DS Najib tempoh hari bersyarat, iaitu bersyarat bahawa semua ahli parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat termasuk Bebas hendaklah sekata sepakat menyetujui penerimaan kenaikan elaun tersebut.Jika tidak ia akan terbatal dengan tersendiri.

Jika Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan tersebut bermakna DS Najib akan menang kerana beliau akan dilihat berjaya menundukan singa-singa tua Pakatan Rakyat dengan hanya kenaikan elaun.

Menyedari hakikat ini dan pantang tok-nenek-tok-moyang bagi singa-singa tua pembangkang untuk menyetujui apa-apa yang dibuat oleh kerajaan BN, maka mereka telah menolak janji Najib dengan kesal dan angkuh.

Di antara yang membantah ialah:
a- Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh),
b- Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak),
c- Lim Guan Eng (Bagan-DAP) dan
d- Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian).

Sekali lagi dengan penolakan ini maka DS Najib dilihat menang dan berjaya kerana berjanji pada hari Jumaat 6 Oktober, kemudian sekali lagi menunaikan janji pada 10 Oktober hari Isnin.

Najib dipandang hero kerana menunaikan janji hanya kerana pembangkang angkuh dan bongkak.

4- DS Nazri jangan ambil mudah dan suka membuat keputusan, omputeh kata, ‘on-the-spot’ atau ‘at-the-spur-of-a-moment’. Besok datang sekali lagi dan cakap lain pulak. Orang tua-tua kata ‘lidah-bercabang’.

“Cadangan itu dibantah pemimpin pembangkang, jadi saya ambil maklum mereka bercakap bagi pihak ahli parlimen lain daripada parti masing-masing,”  - Nazri semasa di lobi Parlimen dilapor oleh Bernama.

Nazri cukup ambil mudah dengan singa-singa tua dari Pakatan Rakyat.

Ingat ! DS Najib membuat tawaran tersebut kepada kesemua ahli parlimen (222) secara individu bukannya berkelompok. Dan bukannya ditawarkan kepada ketua PKR, ketua PAS atau ketua DAP sahaja atau ditawarkan kepada Parti. Ia ditawarkan kepada individu.

Ia memerlukan persetujuan menolak dan bertandatangan dari setiap individu bukannya seorang ketua atau parti.

Entah-entah persetujuan menaikan elaun itu pun belum diluluskan lagi.

3 comments:

  1. Tuan,
    Depa tak mahu kenaikan elaun tu fasal depa nampak hanya menguntungkan wakil BN aje. Sebabnya depa dah nampak, lepas pru 13 ni, depa tak bergelar YB lagi.

    ReplyDelete
  2. Tuan TIS;-)

    Pandangan Tuan bagus jika dilihat pada sudut 10 darjah membongkok.

    Lebih dari 10 darjah, dah x leh.

    ReplyDelete
  3. dorang pembangkang malu beb...nak setuju dengan
    tawaran DS Najip...overall diorang tolak bajet 2013...pasai elaun..dorang nak perembat..

    dorangpun tau kalu setuju..,macam hidung tak mancung pipi disorong sorong lak...sedang PRU13
    dah tentu berasa dorang rebah...

    ReplyDelete