Multiple Pages

23/10/2011

Hassan Ali Mampus Kali Ini. Tindakan Displin Sedang Di Rancang Oleh Khalid Samad.


Oleh: HHalem.

1- Jikalau didalam Umno, Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (KJ)  dan Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah dipandang berani kerana menongkah arus dan berlawanan pandangan dengan pucuk pimpinan tertinggi, maka didalam PAS pula terdapat Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Semua orang melihat Hassan Ali hadir menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam, semalam Sabtu 23 Oktober.

Mari kita bermain dengan persepsi dan menimbulkan pelbagai persoalan terhadap tindakan Hassan Ali tersebut.

Bagi orang Umno, Hassan Ali sudah dipandang bagus dan ternanti-nanti bila kah masanya beliau akan melompat menjadi ahli Umno. Bagi Pas pula Hassan Ali adalah duri dalam daging dan boleh dihapuskan langsung dari barisan pimpinan Pas Selangor.

Begitu juga KJ dan Saifuddin. Orang Umno mahukan mereka dinyahkan, manakala orang Pkr menanti-nanti kehadiran mereka berdua.


2- Semasa perhimpunan HIMPUN, selain Hasan Ali, turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad. Sebelum itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Abdul Rani Osman dan Hadi Awang telah keluarkan paktua keras kepada setiap ahli Pas supaya tidak hadir HIMPUN.

Apa kata Hassan Ali sebelum beliau bertindakan hadir Himpun atas sikap peribadi beliau.

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."
-      Hassan Ali

3- Kita tunggu dan lihat jika Khalid Samad berani mencucuk-cucuk dan main jarum hasad dengki beliau untuk menyingkirkan terus Hasan Ali dari PAS Selangor?

Adakah Hassan Ali akan diambil tindakan displin walaupun hadir Himpun atas dasar peribadi?

Bagi penulis Hassan Ali bukan lah rakyat kebiasaan. Hassan Ali adalah hak kepunyaan orang Pas. Dimana sahaja Hassan Ali berada, bercakap, bertindak adalah melambangkan PAS. Tidur bangun beliau telah dicop dengan perkataan PAS, seperti mana DS Najib telah dicop sebagai Umno oleh pembangkang walaupun segala keputusan yang dibuat adalah atas dasar sebagai Perdana Menteri.

Jadi istilah beliau hadir atas kapasiti peribadi dan rakyat kebiasaan tidak boleh digunakan langsung.

Lihat sahaja platform yang beliau berdiri, samarata dan samatinggi dengan Harussani Mufti Perak. Rakyat kebiasaan boleh ka berdiri disitu?



3 comments:

  1. Umno bolih ambik Hasan Ali. Yang banyak dlm Umno sekarang, ialah penyagak dan lanun. Munkin Hasan Ali bolih betulkan akhidah mereka dulu supaya jadi muslim yg baik. Balun harta rakyat utk diri sendiri bolih dikira murtad juga kerana berani menentang hukom Allah. Murtad bukan sekadar tukar ugama. Pegi sembah duit & harta dah kira murtad juga.

    KJ tak payahlah masuk PR sebab dh sah lagi terang, beliau juga kaki songlap duit rakyat melalui ECM Libra.

    ReplyDelete
  2. yang banyak dalam pakatan (terutama pas)pun penyangak, lanun dan jenis cilok bini ornag jugak. janganlah butakan mata. lapangkan dada sikit.

    ReplyDelete
  3. Apa ni Hasan... cakap pun tak lurus..Apa salah cakap yg demo ni ke himpunan kerana tanggung jawab sebagai Orang Islam yg Beriman pada Allah dan Rasulnya...kedudukan demo ni atas kepercayaan orang Islam yg dah dijanjikan memelihara haq Agama sekiranya dipilih...kan senang difaham walau pun sipekak sekali pun.....
    Cuba berhenti sesaat kerja bengkang bengkok ni....dan bertegak lurus dalam agama...jangan pilih pilih isu...saja..
    Banyak perkara yg perlu dibereskan demo tentang perkara yg terkeluar dari ajaran Nabi SAW yg dituntut demo insaf dan mengisafkan Umat PAS....
    1...hal taksub yg membutakan pintu hidayah sehingga mursyidul Parti terima wahyu atau setanding wahyu tanpa khilaf lagi mutlak pulak.
    2...Amalan menyurokkan kes Sex..dari Zina hingga menjilat bini orang... ini saolah ditangani cara confession dan diampunkan...nauzubilah...
    3...Disurau dan masjid dijadikan medan fitnah berleluasa tanpa bukti yg sahih...main agak agak aje...
    4...Terlalu menghelah ayat ayat Allah dgn Allah ... ini diherdek oleh Allah...dalam AlQuran...
    5...Ketua dasar parti dah ada MOU dgn setan dalam hal politik..Ini jelas ditegah Allah dan Rasul dgn terang lagi nyata...
    6...Sumpah talaq 3...oleh calon wakil rakyat. yg menzalimi Agama itu sendiri..
    Sebab itu himpunan kurang disertai ahli PAS sebab tok wakil tak mai.. sape tak sayang bini ooi..jadi siahli yg dikelirukan pun tak mai sebab bertaklid pada tok guru dan tuk wakil...
    Hasan sendiri datang dgn cara berhelah...tak sebut YB... Takut... (patut perkara ini dibawa ke majlis fatwa..kesian tok wakil yg lain menikus utk kebenaran Islam yg bertentangan PAS..
    7... Umati Umati Umati... Jumaah Jumaah Jumaah pesanan keras Rasul SAW...yg dah lama ditinggalkan PAS malah bertentangan pula amalannya..

    Sekadar 7 hal ini pun kalau Hasan berani meluruskan pun dah kira baik.....

    Beristigfar dan selawatlah banyak banyak..mudahan dilorongkan kemudahan dan keinsafan yg sempurna..Amin..

    Buat ketika ini saya belum bolih sayangkan Hasan selagi Hasan tak meletakkan Nabi SAW ditempatnya...

    Hperancis

    ReplyDelete