Multiple Pages

19/10/2011

HIMPUN: Bukti Kukuh Hadi Hipokrit Dan Pakatan Akan Runtuh Di Selangor.


Oleh: HHalem.

1- PAS Pusat membuat keputusan Selasa semalam11 Oktober jam 11pm bahawa mereka tidak akan menyertai Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) pada Sabtu 22 Oktober di Stadium Shah Alam.

HIMPUN berobjektif  murni  yang bertujuan “mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.” Ia bertemakan  “Selamatkan Akidah Umat “.

Matlamat akhirnya pula ialah permintaan pengubalan Akta Murtad di setiap negeri-negeri sebelum dibawa ke Persekutuan. Lihat pandangan pelbagai pihak di sini >

2- Setiausaha Sekretariat Himpun,  Aminuddin Yahaya memberi jaminan bahawa, Himpun tidak bermatlamat politik.

“Malah perhimpunan ini juga tiada kaitan dengan politik,  ia jauh daripada pengaruh politik ...ia tiada kaitan dengan beberapa ahli politik kontroversi - Datuk Zulkifli Noordin, Ezam Mohd Noor dan Datuk Ibrahim Ali”
- Setiausaha Sekretariat Himpun,  Aminuddin Yahaya.

3- Keputusan untuk tidak hadir HIMPUN dibuat pada Mesyuarat Biro Politik PAS. Lihat bagaimana Hadi Awang berpusing memberi alasan.

"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program,"
-      Presiden PAS, DS Hadi Awang

Cukup menghairankan melihat rentak PAS didalam isu ini kerana sebelum ini Hadi dan Pok Nick berdetum-detam melalui Ketua Pemuda PAS mereka mahu berhimpun menuntut supaya akta murtad diadakan. Tiba-tiba berpusing tidak akan hadir atas alasan, ‘menghormati kehendak penganjur program’.

Soalannya semenjak bila PAS menghormati manusia dimuka bumi ini. Mungkin PAS akan hadir jika ia dianjurkan oleh Datuk Ambiga Kuning yang menuntut kesamarataan manusia berdasarkan Hak Asasi Manusia ciptaan Barat. Termasuk hak untuk sesuka hati orang Islam murtad yang didokong oleh Anwar.

Pada kebiasaan nya apabila dicakap bahawa, ‘isu murtad yang akan dibincangkan tiada kaitan dengan politik,  ia jauh daripada pengaruh politik’; maka Pok Nick dan Hadi akan melenting-lenting mengeluarkan hadith sehingga bertaburan menyatakan segala hal mengenai Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik. Sehinggakan kutbah Jumaat pun tidak boleh dipisahkan dengan politik.

Tetapi kali ini berlembut pula menyatakan,’ menghormati kehendak penganjur program’.

Nampak tak hipokrit PAS dan kususnya Pok Nick dan Hadi Awang. Ramai penganut PAS yang celik hati sedar hal ini.

Sebenarnya ramai penganut PAS yang pintar akal tahu bahawa bukannya PAS hendak menghormati penganjur sangat, tetapi bimbang implikasi politik. Bimbang jika isu murtad dibincangkan ia tetap merujuk kepada kes DUMC pada 3 Ogos yang lalu. Bimbang ia mendedahkan kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim PR di Selangor. Selangor akan tewas dan runtuh.

Ini lah bukti kebimbangan pemimpin PAS yang Selangor akan runtuh tersungkur. Sebelum ini Mat Sabu juga meramalkan BN akan menang besar di Selangor di sini>



Kepada penganut PAS yang cerdik dan pintar juga akan dapat membezakan nanti apabila Ketua Pemuda PAS yang beriya-iya akan hadir ke Himpun, tetapi akan berpusing-pusing mencari perkataan supaya mereka tidak akan hadir  dan seragam dengan kehendak Pok Nick dan Hadi Awang. Kita tunggu apa statement Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pas Pusat hari ini.

Penganut PAS yang arif juga sedar bahawa Anwar PKR sedang terketar-ketar menunggu keputusan PAS kerana mereka lebih selesa dengan Ambiga Kuning. Apabila Hadi sudah buat keputusan, maka PKR akan berdetum-detam lah hari ini.

Kepada sahabat penulis yang amat kental dengan PAS, nampak tak!
Ini semua politik hipokrit PAS !

3 comments:

  1. tak heran la ..kalaU parti ajaran sesat memang parti anak setan..tukar 360 darjah.bagi penikut pas tu..memang dari dulu dah murtad..sebb tu mrk tk nak berhimpun dan sokong dumc tu

    ReplyDelete
  2. PAS KELANTAN PUN AKAN ROBOH . SITUA TU AKAN BERGOLEK GOLEK KEPANANSAN..YG AKU BENCI LELAKI TUA YG MENGAKU DIRI DIA TOK GURU..PADAHAL DIA PALING JAHIL SEKALI..HABIS RAKYAT KELANTAN DIPESONGKAN MURTAD...UMNO DIKATA KAFIR,SEKARANG DIA SENDIRI YG KAFIR

    INGATLAH JGN MEMBURUK DAN MENFITNAHKAN ORG LAIN,,AKHIRNYA TERJADI PADA PAS SENDIRI..KALAU RAKYAT TK FHM LAGI TK TAHU LA..

    ReplyDelete
  3. Mereka yang ikhlas dalam PAS bakal dikenakan tindakan disiplin kerana berjuang meneguhkan paksi syahadah. Allah nak buka pekung mereka yang pakai serban tetapi melarikan diri bila berjuang kerana Allah.

    Alasab kerana tidak dianjurkan oleh parti politik (???) Habis tu, BERSIH dianjur oleh parti politik? Sehingga galakkan penyokong yang jahil supaya sanggup mati atas jalan raya. Ambiga orang politik ke? Kenapa sokong?

    Kesian sahabat hamba yang masih dalam PAS, adik beradik hamba juga telah kena tipu. Tapi peliknya, sihir apa yang mereka pakai sehingga para penyokong mengiakankan sahaja apa kata NA dan HH. LGE depa sokong pulak walau jelas LKS KS dan LGE pro kristian dan anti Islam....

    Doakan semuga pakatan para beruk hangus selepas ini, dan HIMPUN berjaya menakutkan mereka. Amin.

    ReplyDelete