Multiple Pages

14/10/2011

Hu Pang Chaw Kelentong PAS. Mungkin Beliau Keluar Dewan.


Oleh: HHalem.
“Saya tidak bantah hudud, cuma ia tak sesuai”
Macam Pernah Dengar Ayat Ni.
“Kami Sepakat Bersetuju Untuk Tidak-Setuju Hudud Di Laksanakan”

1- Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow, telah dipanggil oleh Jawatankuasa PAS Pusat kerana kenyataan terbuka beliau di media yang dilaporkan tidak selari dengan dasar parti.

Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (TIT Man) memberi amaran supaya semua ahli PAS and DHPP untuk bersangka baiklah sesama sendiri untuk membawa kemajuan dalam parti.

“Ruang demokrasi dalam PAS adalah besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, disarankan agar semua ahli selesaikan secara demokrasi di dalam parti. Jangan jadikan isu dalaman menjadi isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti. Jangan sesekali bagi media perdana, terutamanya yang dikuasai musuh, peluang untuk ‘mengadakan yang tiada dan memperbesarkan yang kecil’ lebih-lebih lagi dalam keadaan PRU13 semakin mendekat,”  - TIT Man dipetik HarakahDaily

Pandai pula TIT Man bila terkena diri sendiri. Isu sebegini besar melibatkan semua umat Islam dan puak-puak China/India dikatakan isu dalaman.

TIT Man benar-benar takut dengan Pang Chaw, takut jikalau 20,000 ahli Dewan Himpunan betul-betul chau-cabut-lari.

2- Ini jawapan Pang Chaw kepada TIT Man;

Saya tidak bantah hudud..cuma masa perkara itu dibawa dan dibincangkan tak sesuai.. itu sahaja. Kita ada banyak isu penting untuk diketengahkan bagi mencari sokongan dalam pilihan raya ”

“Saya akan akur..saya akan beri penjelasan. Terserah kepada parti untuk menentukan tindakan selepas mendengar penjelasan saya ”
-        Pang Chaw dipetik MInsider

 3- Pang Chaw, kalau mahu lari, lari sahaja laa, tunggu apa lagi.

Tindakan tatatertib menanti anda kerana menghina PAS.

“Pang Chaw Akan Chaw Dari Dewan”

2 comments: