Multiple Pages

03/10/2011

Karpal Tempelak Anwar Pulak. “Pertelingkan Hudud’ Akan Berlaku.


Oleh: HHalem.

1- Bukan main lagi Karpal yang dikatakan tidak sehat untuk menghadiri forum Harijadi 60 Tahun PAS pada 1 Oktober 2011, tetapi cukup aktif mengkritik Pok Nick dan Anwar keesokannya.

Kita faham Karpal tidak dapat hadir kerana beliau tidak boleh tahan dan tidak dapat lari dari mendengar ucapan hipokrik Pok Nick dan Anwar semasa ucapan mengenai hudud.

Jika Karpal hadir kemungkinan besar Pok Nick memutar-mutar bahawa Karpal setuju dengan hudud beliau dengan hanya menghadirkan diri semasa perhimpunan harijadi Pas. Karpal cukup phobia dengan Pok Nick.


2- Anwar seperti biasa, Anwar hipokrit, cuba menyebelahi Pok Nick kali ini di pentas dan arena kampong. Anwar memberi apa yang makcik-pakcik kampong hendak dengar. Karpal tahu semua ini dan beliau tidak mahu dimalukan dikelayak ramai.

Penyokong Anwar pula akan menyorok dan bertepuk tangan apabila Karpal disindir. Ini dilakukan oleh Anwar sebagai bukti untuk menunjukan bahawa beliau tidak takut dan bukan kuda Karpal. Masuk kampong Anwar, mampus la Karpal.

3- Didalam ucapannya Anwar meminta non-Muslim supaya tidak Islamic-phobia, berfikiran waras dan matang untuk melibatkan diri dalam perbincangan hal hudud. Bukan main lagi Anwar semasa di kampong, juara kampong. Tunggu pula rentak berlainan beliau semasa di bandar Kuala Lumpur nanti.

“Kita telah merdeka lebih 50 tahun...tetapi kita masih tidak boleh berbincang hukum Islam dengan fikiran terbuka”
– kata Anwar seolah-olah menyindir Karpal.

4- Apa lagi ! Karpal pun naik angin dan turut membidas Anwar dengan mengingati kedudukan sebenarnya.

“Melaksanakan hudu tidak mengikut Perlembagaan..Sebagai parti demokrasi, DAP berpegang teguh kepada prinsip perlembagaan”

Karpal mengingatkan kembali bahawa pada Muktamar PAS ke-57, resolusi dikeluarkan bahawa PAS menggugurkan perjuangan Islam mereka selama ini dan bertukar kepada memperjuangkan negara kebajikan pula.
Kecuali resolusi itu dirombak, maka ia masih diterimapakai dan sah.

Karpal juga mengingatkan bahawa Hadi pernah menyatakan tiada didalam Al-Quran hal negara Islam mesti diujudkan.

“Berpatah balik ke agenda negara Islam, bermakna tidak seragam dengan resolusi Muktamar. Berpatah balik akan mempersendakan kepercayaan PAS” – perli Karpal seperti dipetik FreeMalaysia>

5- Jika seorang Bengali Singh, yang entah apa kepercayaan beliau, mengingatkan Pok Nick dan Anwar didalam perkara ini, bererti ia sungguh memalukan.

Penulis tidak pasti samada pembaca perasan atau tidak. Isu hudud ini hanya Karpal sahaja bersuara dan tidak DAP yang lain. Lambat laun China/India yang lain akan mula bersuara jika mereka melihat dan tidak tahan dengan kebodohan dan penipuan putar belit Pok Nick dan Anwar.

Harris Ibrahim telah mula mencucuk-cucuk DAP yang lain supaya bersuara dan melawan, di sini >

Jikalau berterusan “Pertelingkahan Hudud” akan berlaku secara besar-besaran.
Ia akan bermula dengan perpecahan Pakatan Rakyat.

Ini adalah angkara Pok Nick seorang dan bukannya Umno.

No comments:

Post a Comment