Multiple Pages

04/10/2011

KES SELESAI: Misteri Cincin Berlian Rosmah Terungkai Dan Terjawap Akhirnya. Natural Fancy Blue Gray Cushion Diamond Ring.


Oleh: HHalem.
Cincin Memang Ujud.

1- Akhirnya segala persoalan dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang terhadap Rosmah/Najib terjawap di sesi Parlimen hari ini. Kes telah selesai dan ditutup oleh SPRM dan JKDM.

Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya, tetapi membuktikan keujudan cincin tersebut.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan"- Nazri Aziz.
- Mkini >

Segala penafian oleh Rosmah/Najib dan Nazri adalah berasas.

1- Tiada pembelian cincin tersebut oleh Rosmah – BERASAS.
2- Cincin telah dipulangkan kepada Jacob & Co – BERASAS.
3- Tuduhan pembangkang adalah fitnah semata-mata – BERASAS.
4- Cincin itu bukan milik peribadi Rosmah - BERASAS.

Didalam kebanyakan soalan-soalan oleh pembangkang, tiada satu pun menghubungkaitkan cincin tersebut dengan pertunangan dan perkhawinan Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22.

Rosmah/Najib “memang tidak membuat sebarang pembelian” kerana ia adalah pemberian dari pak mentua Najwa dari Kazakhstan untuk diteliti dan dilihat. Pak Mentua Najwa adalah Presiden Nursultan Nazarbayev yang kayaraya. Ia sebagai hadiah perkhawinan, kebarangkaliannya amat tinggi.

Ia hanya bertujuan untuk dilihat, berkenan atau tidak, dan akan dipulangkan kembali kepada tuan asal Jacob & Co untuk urusan selanjutnya. Jadi jika menuduh ia dibeli dan dimiliki oleh Rosmah adalah dusta semata-mata.

Jika pihak SPRM dan JKDM mengesahkan cincin tersebut ujud dan ditujukan kepada Rosmah, kemudian dibawa keluar semula, tanpa menidakkan nama Rosmah didalam sistem  komputer kastam; maka ini lah satu-satu nya jawapan yang ada kerana ia berlaku pada tarikh pertunangan dan rekod kastam yang berdekatan. Malah ia seiringan.


RM (?) 24,458,400.00. Screenshoot Kastam 8 July 2011 >
Rekod Kastam dalam USD atau RM?


Kazakhstan President Nursultan Nazarbayev >





No comments:

Post a Comment