Multiple Pages

22/10/2011

MB Dr Zamry Akan Tamatkan Riwayat Ngeh DAP.


Oleh: HHalem.


1- MB Perak Dr. Zambry betul-betul serious dan tidak tahan lagi dengan kerenah Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kho Ham kerana bertubi-tubi menfitnah beliau. Oleh itu Dr Zambry telah mengarahkan peguam beliau supaya memfailkan saman terhadap Ngeh hari ini. Bertujuan menamatkan dan melenyapkan Ngeh.



Tuduhan Ngeh cukup dasyat iaitu Dr Zambry telah meluluskan tanah seluas 68,503 ekar dan menjual 60,561.75 ekar tanah pertanian atau industri daripadanya dengan nilai RM375 bagi setiap 0.4 hektar. 

Bukan setakat itu sahaja, daripada meminta maaf dalam 24 jam kepada Dr Zamry, Ngeh telah bertindak membuat laporan di SPRM dengan meminta Menteri Besar menamakan kroni-kroni yang terlibat dalam urusan pemberian tanah seluas 68,503 ekar tersebut. 

“Ngeh bukan sahaja gagal memohon maaf, malah beliau telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) meminta menamakan kroni-kroni saya dalam urusan pemberian tanah seluas 68,503 ekar seperti yang dia dakwa.

“Ngeh sedar dia tersepit dan sebagai jalan keluar dia telah menggunakan taktik ini pula,’’  - Zamry dipetik PerakToday.


Kenapa kah Ngeh sanggup sehingga melapurkan kepada SPRM? 

2- Motif Ngeh cukup mudah difahami iaitu selain tersepit seperti yang dikatakan Dr Zamry, Ngeh juga sengaja memporak peranda pentadbiran Dr Zamry dengan menimbulkan persepsi bahawa Dr Zamry benar-benar bersalah. Jika tidak masakan beliau berani membuat laporan kepada SPRM. Itu lah tangapan orang ramai. Mainan persepsi. 

Malah segala fikiran, tumpuan dan masa Dr Zamry akan ditumpukan kepada kes tersebut dan masa untuk mentadbir akan tidak berqualiti. Ini yang Ngeh mahu. 

Bagi orang-orang biasa yang kurang faham, Ngeh sengaja hendak menyusahkan SPRM dan Dr Zamry, kerana setiap laporan mesti di siasat dan mengambil masa dan tenaga kerja yang lama dan banyak. 

Salah atau benar, itu bukan yang dimustahakkan, kerana itu lah kerja DAP yang suka menyusahkan dan mempergunakan semua rakyat dengan mainan persepsi. Kepada mereka yang berminda dan berjiwa lemah akan mudah terpengaruh. 

Teknik “pecah-belah, porak-peranda kemudian takluk’ adalah amalan DAP-PAS-PKR dimana-mana sahaja negeri yang mereka diami. 

Di mana sahaja kesempatan yang ada mereka akan gunakan sehabis-habisan untuk mempengaruhi minda yang lemah. 

Contoh terkini ialah protes di UIAM Gombak terhadap pergantungan Prof Aziz Bari. 

Hari ini Sabtu kita lihat mainan minda negatif yang dilemparkan terhadap HIMPUNAN Satu Juta Umat di Stadium Shah Alam. 

Yang paling klasik sekali ialah Rusuhan Bersih 2.0 yang lalu. 

Tidak hairan lah kerana ramai bekas-bekas Pkr-Pas-Dap telah berminda positif kembali dan masih ramai yang tercari-cari cahaya dan akal kebenaran. Mereka masih tertinggal akai-akai mereka didalam rusuhan yang lepas-lepas. 

Adakah anda berminda lemah, berjiwa lemah dan masih tercari-cari cahaya?


Sumber berita dari PerakToday.

1 comment:

  1. sebagai rakyat yg bebas dari jadi ahli mana2 parti politik, sekarang ini semakin faham permainan politik. semuanya lebih kepada permainan PERSEPSI!
    aku lihat pemimpin parti dan media pembangkang khususnya suka membuat tuduhan yg kebanyakknya adalah fitnah. mereka myebarknnya seolah2 fitnah itu benar2 terjadi. sehingga ke tahap mereka sedia disaman dan naik ke mahkamah. Namun apabila kes mula dibicarakn(tentula telah mengambil masa lama dan berbulan2),barulah mereka dgn selamba memohon maaf dan sedia menarik balik berita tersebut. Tengok saja kes PKR dulu yg mendakwa dr zambry dsyaki sbg pengganas. mrk terus memainkan fitnah itu dan meyakinkn pyokong mrk. namun akhirnya mrk mohon maaf. namun ketika permohonn maaf itu dibuat, isu itu sudah tidak hangat dan tidak dipedulikn lagi. bgitulah juga kes sabahkini(mutalib) yg mnfitnah menteri... berbulan2 disiarkn dan ditanamkn dlm portalnya. sedia dsaman hinggakn para pmbacanya pun rasa yakin cerita beliau benar. namun apb kes mula disebutkn dimahkmah, beliau dgn selamba mmohon maaf dan sedia tarik balik artikel fitnah tersebut. tp sgla kerosakn sudah dibuat dan rakyat bodoh yg malas selidiki telah ditipu dan dikencing...begitula jijiknya politik pembngkg.
    namun agak mnyedihkn, pihak kjaan pula kelihatannya lambat dan pasif bertindak. bila isu sudah jadi rumor barulah nak bergerak...

    -rakyat pemerhati-

    ReplyDelete