Multiple Pages

13/10/2011

Missi Pertemporan Dan Kelentong PAS-DAP Bermula Lagi. Bersetuju Untuk ‘Tidak-Bersetuju’


Oleh: HHalem.

1- Kerajaan negeri mengadakan taklimat hukum dan hukuman hudud ekoran permintaan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan inisiatif Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim.

2- Exco yang memberi penjelasan pada pertemuan itu ialah;

a- Datuk Mohd Amar Nik Abdullah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Pendidikan dan Dakwah. Juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

b- Datuk Takiyuddin Hassan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan.

c- Dr Mohd Fadzli Hassan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Pembangunan Maklumat Sains dan Teknologi.

Pok Nick dan Hadi Awang tidak hadir, walaupun Karpal Singh, Guan Eng dan Anwar turut hadir pada taklimat tersebut.

Ketidakhadiran Pok Nick dan Hadi Awang memberi tafsiran dan gambaran jelas kepada kita di sini. Hari dan saat mustahak begini mereka tidak hadir untuk menjelaskan sejelasnya kepada KarpalSingh dan GuanEng, tetapi apabila berada diluar cukup kuat menyalak-yalak salahkan Umno BN. Jelas cukup hipokrit.

3- Di sini diperturunkan keputusan taklimat cum mesyuarat Pakatan oleh Guan Eng yang dipetik oleh MInsider.

“Pertemuan itu memutuskan bahawa kedua-dua DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang hudud ”

“..dasar itu juga tidak akan menjadi agenda Pakatan Rakyat ketika atau selepas pilihan raya umum akan datang ataupun dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan pimpinan perikatan sebelum konsensus terlebih dahulu daripada kesemua parti komponen”

Bersetuju untuk ‘tidak-setuju laksana hudud’ adalah ayat paling tidak senonoh dalam rekod mesyuarat pentadbiran politik untuk menipu rakyat khasnya pengikut PAS-PKR.

PKR pula terus bisu.
Semasa mesyuarat, undian PKR adalah cukup mustahak kerana jika undi 2 lawan 1, maka DAP tidak boleh membuat bising sesuka hati dan terpaksa akur kehendak majoriti. Itulah namanya demokrasi.

Sebenarnya Anwar dan PKR lah dalang pada peringkat awal ini, bukannya Umno atau Putrajaya. Terbukti Pakatan tidak demokratik langsung. Terbukti juga DAP berkuasa penuh terhadap Melayu Islam dalam Pakatan.

Pok Nick terus membisu dan sedang memikir ayat-ayat kelentong untuk disampaikan kepada rakyat Kelantan besok. Memikirkan modal ceramah untuk PRU 13.

Apa kah ayat-ayat kelentong standard Pok Nick agaknya selepas ini.

Mungkin,

a-  “Kita gembira kerana DAP sudah sedar tentang Islam dan mereka bersetuju-tetapi-tidak-berapa-gembira-malah-mahu Kelantan melaksanakan hukum hudud”  atau

b-  Bersetuju untuk ‘tidak-bersetuju melaksanakan hudud’ adalah mainan agent Umno yang ada semasa mesyuarat.

Jikalau ini pun penganut PAS dan PKR masih tidak dapat berfikir, entah lah apa nak jadi.

5 comments:

  1. Depa belum terjumpa perkataan "sebulat suara" fasal mereka masih memainkan lagi "kata-mengata".

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Depa kencing lagi penganut depa. Penganut pakat bersetuju untuk terus telan.

    ReplyDelete
  3. saya menyokong utk tidak menyokong...buduh..

    ReplyDelete
  4. Assalam Bro

    Bila ada perkataan berbelit macam nilah yang menyebabkan adanya Ustaz Bob Lokman dalam Pas... bersetuju untuk tidak bersetuju hadir dalam siasatan JAIS... siap maki hamun lagi...

    ReplyDelete
  5. ARTIKEL DIATAS KHAS DITUJUKAN KEPADA MUSANGKA(AGEN PEMBANGKANG DALAM BLOG GAP).SELAMA INI MUSANGKA MENYALAHKAN UMNO DAN TUN M..JADI SEKARANG NAK SALAHKAN SIAPA PULAK NIE MUSANGKA??

    ReplyDelete