Multiple Pages

24/10/2011

Najib Bersilat Turun Gelanggang. Sekali Tempelak 3 Kena. Guan Eng, Aziz Bari Dan Mat Sabu Menonong Pening.


Oleh: HHalem.

Menonong=Terhuyong hayang Pening

1- Maka bermula lah kisah kempen PRU 13, apabila DS Najib turun padang dan dengan serentak mengatur langkah permainan untuk team-team Umno supaya mengambil bola tanggong beliau.

Bermula dengan kes Guan Eng, kes Aziz Bari dan kemudian kes Mat Sabu Komunis. Kes Mat Sabu ini agak pelik kerana Najib baru sekarang hendak bersuara setelah dikira ketinggalan bas. Bermakna di sini Najib mahu kes Mat Indera Komunis dibawa ke padang bola semula untuk dipermainkan pada kempen PRU13 nanti.

DS Najib harus berhati-hati kerana silap haribulan kes-kes tersebut makan tuan kerana lutut beliau pun pernah terseliuh akibat bermain bola dan dibawa ke Perth Autralia untuk di repair.
Baru Kena Pelempang


Kes Guan Eng 200K Boob.
2- Kita tahu kes Guan Eng dimana bola ‘Kampung Buah Dada’ Khairy telah disambut oleh Karpal Singh lalu Karpal akan membuat lapuran polis dan tindakan saman akan menyusul. Lebih parah sikap Karpal mengugut dan mengaku akan menjadikan ia isu kempen PRU13, di sini >

Mendengar hal itu TS Muhyiddin Yassin telah menyerang Karpal kembali dengan pedas dan cukup bermakna dengan menambah semangkok lagi;

“Penafian adalah tidak mencukupi.  Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama ” 
– Muhyiddin Yassin

Jelas di sini Guan Eng dan Karpal tidak teragak-agak menggunakan anak dan keluarga beliau sebagai perisai untuk mempertahankan politik beliau di Pulau Pinang.

3- DS Najib terus membidas Guan Eng, Karpal dan termasuk Anwar yang selalu berakap pasal etika itu dan etika ini. Bila tiba giliran, mereka tidak teragak-agak mengunakan anak sendiri sebagai perisai untuk dibawa ke mahkamah dan dipanjangkan sehingga ke PRU13.

“..jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, biarkan keluarga ke tepi atau (jangan) mengeksploitasi urusan keluarga, bagi keuntungan politik sendiri ”
– Najib membelasah Guan Eng dan Karpal. >

Najib membelasah Guan Eng dan Karpal dan sedikit sebanyak tempias ke muka Muhyiddin yang menambah semangkok untuk memberi semangat dan menaikan darah Karpal dan Guang Eng. Muhyiddin betul-betul berjaya kerana sehingga kini semua anjing-anjing DAP sedang menyalak-yalak kepada beliau.

Guan Eng dan Karpal benar-benar tidak bermoral dan ber-etika kerana kes Marcus Lim anak beliau akan berlalu begitu sahaja didalam seminggu dua, tetapi mereka memilih untuk membawanya ke mahkamah untuk diperpanjangkan.

Marcus Lim pada umur 16 tahun telah diperkenalkan kepada politik kotor oleh bapa beliau untuk dijadikan sebagai perisai pelapis ke tiga. Tiga generasi Lim yang lengkap. Kitsiang-GuangEng dan Marcus.  

Sehingga sesaat ini, KJ pula yang membawa bola “Kampung Buah Dada” terus membisu dengan ugutan Karpal atau mengambil sikap berhati-hati kali ini kerana kedua-dua big boss sedang bersilat.

Najib betul-betul sapu sekali harung apabila beliau membuka mulut serentak dan memberi sokongan moral kepada Prof Dato Dr Zaleha, Rektor UIAM.

Diwaktu yang sama kes Mat Sabu Komunis dipanaskan semula oleh beliau.

Big Boss sudah kasi green light, pemimpin Umno yang lain masih ragu-ragu untuk bertarung?

2 comments:

  1. kj,

    ko yerkejut ka dgn ugutan kapal sing?

    si tua cacat ni tak bleh bt apa la...

    jgn risau...
    ko dok diam pun bagus jugak...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. Antara sedar dengan tidak, LGEpun ikut telunjuk bini. Apa taknya, Suku sakat Lim, semua nama Lim kat depan, bila kawin dengan Betty, nama Lim dah duduk kat belakang...Marcus Lim, ikut macam Betty..., Chew kat belakang.

    ReplyDelete