Multiple Pages

04/10/2011

Pakatan Rakyat Akan Tikam Umno Beramai-ramai Jam 1 Tengahari Nanti.


Oleh: HHalem.

1- Tengah kalut-kalut dan sebuk DS Najib sebagai Menteri Kewangan hendak membentang Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 7 Oktober nanti, Pakatan Rakyat pula kelamkabut akan membentang Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 hari ini 4 Oktober.

“Belanjawan itu akan dibentangkan di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1 tengahari esok”

“Antara yang akan menghadiri majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,   Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.”
-      Petikan dari Harakah

2- Pakatan memotong queue 4 hari terlebih awal untuk memintas Najib.

Kita akan menyaksikan bagaimana Pas-Pkr-Dap akan melakukan ‘cheap-trick’ atau kelentong murahan bahawa DS Najib meniru belanjawan Pakatan. Ia seperti mana ‘temberang kanak-kanak sekolah oleh Pas’ sebelum ini iaitu apa yang dilakukan oleh Najib sebagai meniru Buku Jingga (Orange BookK) mereka.

3- Secara dasarnya mari kita lihat samada strategi Belanjawan Pakatan hari ini akan sama dengan strategi Menteri Kewangan pada Jumaat ini.


Petikan dari Berita Harian
Perdana Menteri berkata, strategi itu bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat dibantu dan ekonomi negara terus kukuh berikutan kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

“Kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai aktiviti bagi meringankan beban golongan ini, seperti bantuan kewangan, subsidi, insentif, bantuan latihan, kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan”

“Kerajaan yakin semua inisiatif yang akan diumumkan pada Jumaat ini akan dapat menangani kesulitan golongan pendapatan rendah dalam cabaran persekitaran ekonomi yang sangat hebat,”

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan ekonomi negara terus kukuh dengan melaksanakan langkah mengurangkan beban rakyat dan merancakkan penggunaan domestik.
-      Berita Harian >

4- Jika ungkapan dasar Pakatan pada jam 1 tengahari nanti berkisar seperti di atas, maka Pakatan telah meniru bulat-bulat dari Menteri Kewangan.

Malahan PKR asal-usul nya dari pecahan orang kecewa dari dalam Umno, jadi ini sudah cukup membuktikan bahawa segala yang dilakukan adalah dasar Umno.

Umno mesti bersiapsedia untuk ditikam jam 1 tengahari nanti.

Hanya satu sahaja Pakatan tidak mampu menikam Umno-BN, iaitu

“Kabinet Bayangan – Shadow Cabinet”

1 comment:

  1. Paling menarik sekali bab bonus kakitangan awam . Berapa PR nak umum .

    kalau umum lebih besar dari najib , blogger boleh serang suruh selangor , penang , kedah dan kelantan bayar seperti PR umum.

    Tapi kalau najib tak umum bonus ... naya lahhh

    ReplyDelete