Multiple Pages

05/10/2011

Panas Dan Hangat. Papa Gomo Bakal Di Saman Serentak Oleh RBf, Hadi, Kitsiang Dan Anwar.


Oleh: HHalem.

1- Entry terkini Papa Gomo didalam blog beliau cukup panas, lebih panas dari goreng pisang.

PapaG telah menyatakan Anwar telah membuat pengakuan kepada Hadi Awang dan Kit Siang bahawa beliau lah pelakon video tersebut. Ini adalah berdasarkan sumber terdekat beliau.

 “..Dato Seri Bin Anwar Ibrahim telah mengakui bahawa beliau lah pelaku dalam video seks tersebut kepada Haji Hadi dan Lim Kit Siang pada minggu lalu” 

Berita sensasi ini tentu akan menjatuhkan serban Hadi Awang dan menarik perhatian Kit Siang dan Anwar. Karpal akan kelamkabut. Sekurang-kurangnya ia akan mendapat respond dari salah seorang dari mereka. Ruang menyaman Gomo serentak memang terbuka luas. 

Yang best sekali pegakuan “Anwar dipaksa oleh Eskay”. Cukup sempoi.   
  
2- Tidak cukup dengan mengasak Hadi-Kitsiang-Anwar, Papa Gomo menghala meriam kepada RBf pula.

“Gomo telah mendapat satu lagi sumber makluman sahih bahawa Video Seks Anwar Ibrahim di Bangkok berada didalam simpanan Blogger RBF Online”

”Gomo dan rakan rakan Blogger lain mengetahui bahawa RBF Online telah menyaksikan rakaman Video tersebut dan kami dengan ini juga meminta RBF Online mengeluarkan Video Seks Awnar Ibrahim”

Jika video yang dimaksudkan itu berada dipasaran atau di muatnaik ke YouTube kelak, orang yang pertama sekali menjadi suspek ialah RBf.

Ini betul-betul memeningkan kepala RBf. Pihak Polis pula sekarang sedang pening kepala masuk-keluar, keluar-masuk blog PapaGomo dan RBf untuk mencari jawapan.

Option tindakan saman oleh RBf terhadap Papa Gomo memang terbuka luas.

Tetapi Papa Gomo memang tidak-dimakan-saman.

1 comment:

  1. Yang sebetulnya video tu ada pada papagomo. Saje je dia nak buat suspen. Kan kan kan?

    ReplyDelete