Multiple Pages

16/10/2011

PANAS Hisham KDN: Dedah Nama Pemimpin Pembangkang Mohon Warganegara.


Oleh: HHalem.
Telor Ayam Lonjong. Terkejut Takut Dengar Amaran Hisham.

1- Hisham KDN mengugut akan mendedahkan nama ahli keluarga pembangkang yang telah memohon dan dilulus taraf kewarganegaraan.

Hisham berkata ia akan lakukan demikian bagi mengelakkan tohmahan fitnah pembangkang yang selalu memperlekehkan kerajaan.

Kita sangat-sangat alu-alukan nama pembangkang tersebut untuk dihebah-hebahkan, itu pun jika Hisham ada teloq ayam.

2- Penulis berani jamin bahawa ini satu lagi amaran Hisham seperti yang lepas-lepas hanya untuk menakut-nakutkan pembangkang sahaja.

3- Berani kah Hisham mendedahkan hal tersebut kerana beliau bercakap sebagai seorang ahli politik tetapi beliau tertakluk kepada Akta Sulit Kerajaan sebagai Menteri di KDN. Beliau telah mengangkat sumpah tidak akan mendedahkan apa-apa rahsia kerajaan sebagai seorang Menteri.

4- Satu lagi amaran Hisham yang akan tinggal amaran sahaja.

5- Walaubagaimana pun, siapa kah nama pembangkang tersebut yang ada hubungkait rapat dengan warga asing luar, tetapi marah sangat bila kewarganegaraan diberi kepada orang lain. Bukan main berdetum-detam tapi ahli keluarga sendiri asal pendatang asing.
Cakap sebagai Menteri KDN. 
Boleh ka dedah sana, dedah sini. Akta Rahsia Kerajaan ada.
Maklumat nama pembangkang tu kasi saja diam-diam kepada blogger.

....Petikan Sinar Harian..

KDN dedah nama 

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan ahli keluarga pemimpin pembangkang yang diluluskan permohonan untuk mendapat taraf kewarganegaraan negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, senarai itu didedahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya.

“Pembangkang sering membuat dakwaan tidak berasas, kononnya kerajaan memanipulasi pemberian kewarganegaraan untuk menghadapi pilihan raya”

“Senarai (warga pembangkang) itu membuktikan kerajaan tidak pilih bulu dan memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang layak menerusi prosedur ketat demi faktor keselamatan,”

Hisham selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kluang, semalam.

Hishammuddin berkata, setakat ini, pihaknya mempunyai fakta bagi menyokong pendedahan tersebut.

Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi mengelakkan fitnah, bertujuan memperlekeh kerajaan.

“Kita di pihak benar, tetapi fitnah berulang kali, dibimbangi membuatkan orang percaya,” tegasnya.

Baru-baru ini katanya, pembangkang juga bertindak membisu selepas tohmahan kononnya kerajaan memberi warga Bangladesh taraf kewarganegaraan.

“Apabila siasatan mendapati dalam tempoh tujuh tahun, hanya 30 warga Bangladesh dapat kewarganegaraan,” katanya.

2 comments:

  1. Tak de ke pemimpin pembangkang yang mak bapak atau tok nenek dia dapat i/c lepas merdeka yang nak lepaskan kerakyatan?

    ReplyDelete
  2. Tak payah susah susah bagi saje kat GAP ,RBF ,House PK dan blogger pro BN baru dia orang tau langit tinggi rendah

    ReplyDelete